
Seorang individu meluahkan isi hatinya susulan sikap suami yang didakwa merahsiakan jumlah gaji bulanan sebenar.
Artikel Berkaitan: Nurin Lofa Dedah Raih RM120K Sebulan, Netizen Menangis Tengok Gaji Sendiri – ‘Kerja Setahun Pun Belum Tentu Boleh Dapat’
Artikel Berkaitan: Gaji Baru Masuk Tapi Cepat Habis? Anda Mungkin Sedang Alami ‘Financial Burnout’
Suami rahsiakan gaji

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu terbabit akui terkilan terhadap sikap suaminya sehingga tiada lagi kepercayaan yang tinggal.
Menurutnya, dia banyak memainkan peranan dalam membantu urusan kewangan termasuk menanggung pelbagai komitmen rumah tangga.
Apa perasaan bila tahu selama ini suami rahsiakan gaji dia?
Aku pun tolong mana yang tak cukup sebab kesian.
Tiba-tiba semalam aku tengok penyata bank dia, gaji banyak.
Kami perhubungan jarak jauh (pjj) dan aku kerja sendiri. Aku kesiankan dia, aku berusaha cari duit lebih.
Aku potong perbelanjaan membeli-belah. Kepercayaan aku dekat suami dah tiada. Rasa bodoh.
Tambah individu terbabit, pelbagai perkara telah berlaku sebelum ini sehingga membuatkan dirinya nekad untuk berpisah namun suaminya masih enggan melepaskannya.
Sejak dari kahwin aku rasa kami tak sefahaman. Banyak perkara yang jadi sebelum ini.
Beberapa kali juga dah minta cerai. Tapi dia tak mahu. Aku dah tiada rasa percaya walau sebesar zarah pada dia.
Sumber: Threads @meowwahh56








