berita

‘Aku Buka Semua Hari Ni Sebab…’ – Wanita Didakwa Muat Naik Video Mirip Shuk Serah Segalanya Kepada Allah

August 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isteri kepada pelawak dan pengacara Shuk Sahar iaitu Rossa Sera telah tampil memberikan respon berhubung beberapa video viral yang didakwa iras seperti suaminya. Ujar Rossa, wanita yang menyebarkan video berkenaan seolah membuka aib sendiri.

Artikel berkaitan: Wanita Muat Naik Video Lelaki Mirip Suami Dekat Bilik Hotel, Ini Respon Isteri Shuk

Terbaru, wanita tersebut telah memuat naik satu posting ‘sumpah’ bahawa dia tidak akan memaafkan segala penghinaan, pengkhianatan, hutang serta fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Makilah sepuas-puasnya

Makilah sepuas puasnya. Cakaplah. Aku cuma penat sangat. Aku buka semua ni hari ni sebab bila ada apa apa jadi mesti aku dipersalahkan. Dia cari dia call lepas tu aku juga dipersalahkan kata ganggu rumah tangga orang. Aku dah lari jauh dah. Aku dah buat life aku. Tapi mesti aku juga salah. Aku tolak merayu tak nak dah semua ni aku tak sanggup tapi bila dia balik kantoi aku juga salah. Orang kata aku gila tak move on itu ini. Aku belah aku gerak, kau datang balik siap kata nak kahwin, siap call orang tua aku. Siap janji siap cakap kat ayah aku nak jumpa untuk kahwin. Lepas tu si isteri post lagi macam-macam sedangkan si suami fitnah aku sebab nak selamatkan diri sendiri.

Menurut wanita tersebut, dia sudah banyak kali meminta maaf dan tidak mahu menghadap isu seperti ini. Ujar wanita tersebut lagi, dia mahukan kehidupan yang normal dan bahagia seperti individu lain. Wanita itu turut mendakwa dia dipaksa dan diugut untuk menutup mulut. Di samping itu, wanita tersebut turut mendakwa telefonnya telah dirampas oleh pengacara tersebut dan segala ‘text’ mereka sudahpun dipadam.

Allah saja yang tahu

Playing victim kata aku paksa itu ini. Last ayat aku malam tadi was “tolonglah shuk, aku ada cita cita ada masa depan.” Allah je tau macam mana and apa dia cakap on the phone mahupun berdepan. Maruah aku memang hancur habis dah sebab mulut keluarga kau. Hina aku selama ni. Sudahlah. Ni bukan meroyan. Tapi sebab pengkhianatan. Kau tau apa kau dah buat shuk. Kau tau apa kau dah cakap. Even isteri kau tak tau apa apa kejadian sebenar. Stoplah gunakan aku, burukkan aku untuk jaga nama kau. Kau ada anak 2 orang perempuan.

Di akhir posting, wanita tersebut meminta Shuk untuk berhenti memburukkan namanya. Wanita berkenaan turut menyerahkan segala yang terjadi kepada Allah.

Mungkin kau bole menipu netizen dengan burukkan aku. Sebab kau artis. Tapi kau takkan dapat tutup kat mata tuhan. Makilah sepuas kamu, hinalah.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×