Foto: Rossa.Sera
Isteri kepada pelawak dan pengacara Shuk Sahar iaitu Rossa.Sera menerusi entri di Instastory tampil memberikan respon berhubung beberapa video yang dimuat naik dan didakwa iras seperti suaminya oleh seorang wanita di laman Instagram.
Respon Rossa
Foto: Rossa.Sera
Ujar Rossa, sekarang orang ramai sudah pastinya tahu ‘mengapa’ suaminya bertahan selama ini dan pada masa yang sama, dia meluahkan rasa kecewa terhadap wanita tersebut yang seolah-olah membuka aib sendiri.
Alhamdulillah akhirnya sekarang orang tahu dah kan kenapa Shuk bertahan? Video lama-lama yang disimpan lama, masa main sama-sama semua. Sebab tu aku bertahan jaga nama baik kamu, akhirnya kamu juga yang buka. Duit apa tu? Duit sewa kereta Honda ke? Bayar duit hotel uols ke? Kata semalam terima kasih cinta untuk segalanya.
Menerusi Instastory yang dimuat naik oleh wanita tersebut, menjelaskan ramai pihak yang memintanya untuk memadam video tersebut yang memaparkan seorang lelaki yang hanya memakai tuala dan dipercayai berada di dalam sebuah bilik di hotel.
Pada masa yang sama, dia turut memuat naik beberapa perbualan mesej yang didakwa dihantar oleh pelawak tersebut dan pelawak itu memintanya supaya menerima keluarganya dengan sebaik mungkin. Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga memintanya untuk melupakan dendamnya selama ini dan memperbetulkan keadaan seperti sedia kala.
Orang salahkan aku kata aku terhegeh? Kata aku macam-macam. kejap bunuh diri lah, kejap turun balcony jam 3 pagi. Aku penat dah. Sebab aku selalu kena blame sedangkan sana u please u.
Dear ****, kejap tau. Sebab **** pernah sebut sumpah cerai talak 3 dalam text. Ni tengah dapatkan balik text tu. Jangan happy sangat my lady. Am so tired.
Ig story Rossa
Sumber: Rossa.Sera