Perkongsian terbaru Nonny Nadirah di akaun Instagram miliknya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat. Mana tidaknya, dia yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung tiba-tiba berkongsi gambar wanita ‘free hair’ dan berpakaian seksi. Namun tidak dapat dipastikan jika benar itu Nonny.
Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Tak Butang Baju, Pakai Stokin Jaring, Nonny Nadirah Ubah Penampilan?
Rakan baik Nonny, Mila Jirin menerusi satu perkongsian di Instagram mengakui terkejut sambil menitipkan beberapa pesanan kepada Nonny.
Mila terkejut
Menurut Mila, dia sempat menelefon Nonny sejurus melihat IG rakannya itu bagi mendapatkan kepastian. Akui terkilan, Mila meminta Nonny untuk terus istiqamah dan tetap dengan pendirian untuk berhijab sebelum ini.
Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG kau. Aku call kau, Alhamdulillah dapat bercakap dengan kau sekejap, aku sangat sedih, sedih kenapa aku tak boleh ada tepi kau untuk dengar semua keluh kesah kau.
Non, aku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah. Jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah. Lawan godaan syaitan! Ramai sayang kau non!
Menerusi hantaran itu juga, Mila turut berkongsi momen ketika dia bersama Nonny berada di kota suci Mekah dan Madinah suatu ketika dahulu.
Kau peluk aku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah. kau peluk aku kuat kuat dan nangis sambil kau ucapkan terima kasih bawa ke tanah suci. Dekat atas bukit Marwah tu aku cakap pada kau, Allah yang jemput kau kesini, terima kasih pada Allah.
Aku puji kau nampak cantik bertudung, aku mohon pada Allah disitu juga agar kau kekal bertudung. Alhamdulillah bila kau buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah aku antara hamba Allah yang paling seronok.
Di akhir hantaran itu, Mila mengingatkan Nonny supaya mencari rezeki yang mendapat keberkatan dan meninggalkan perkara yang sia-sia.
View this post on Instagram