berita

Kongsi Foto Tak Butang Baju, Pakai Stokin Jaring, Nonny Nadirah Ubah Penampilan?

March 26th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Umum sedia maklum hubungan cinta Nonny Nadirah dan pelakon, Niezam Zaidi berakhir di tengah jalan apabila pasangan itu mengambil keputusan tidak meneruskan majlis perkahwinan yang telah dirancang.

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Bertemu Jodoh Orang Yang Baik-Baik’ – Nonny Nadirah, Niezem Zaidi Tak Jadi Kahwin

Namun nama Nonny Nadirah tiba-tiba menjadi bualan hangaat pengguna media sosial pagi ini apabila penampilan seorang wanita berbaju putih dengan stokin jaring dimuat naik olehnya menerusi sebuah video di laman Instagram. Timbul tanda tanya dalam kalangan peminat, adakah itu Nonny?

Penampilan baru

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah)

Hantaran itu juga disertakan dengan kapsyen ‘It’s good to be back’ yang bermaksud ‘bagus untuk kembali’. Tidak dapat dipastikan apa yang cuba disampaikan oleh Nonny namun berkemungkinan dia bakal kembali dengan penampilan terbaru.

Di Instagram story, Nonny turut berkongsi video yang sama beserta lagu. Tinjaun Ohbulan juga mendapati semua gambar lama Nonny telah dipadam.

Nonny sebelum ini berpisah dengan suaminya pada 2019 sambil menyifatkan ianya jalan yang terbaik buat mereka berdua.

Perpisahan ini juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Semua yang terjadi mengajar saya supaya lebih matang menangani setiap masalah dan berusaha membentuk diri ke arah yang lebih baik.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×