Akhir-akhir ini, pertunangan dan perkahwinan di usia muda menjadi trend yang semakin diikuti. Malahan, baru-baru ini tular satu pasangan muda berusia belasan tahun yang mendirikan rumah tangga di Kelantan.
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Sayang, Pergi Sekolah Jom’ – Netizen Terkejut Remaja Umur 15 Tahun Nikah Di Kelantan
Terbaru, seperti perkongsian seorang gadis dikenali sebagai Leeya, menceritakan detik-detik bahagianya menjadi tunang buat pasangannya.
Umur 16 tahun bertunang
Menerusi video yang berdurasi kurang 12 saat, itu memaparkan momen-momen semasa majlis bertunangnya. Namun, apa yang menarik perhatian netizen apabila gadis itu berusia 16 tahun, dan baru sahaja selesai menjalani praktikal di tempat dia belajar.
Jelasnya lagi, ibunya menerima dengan hati yang terbuka di saat lelaki tersebut mengajaknya bertunang.
Tidak berakhir di situ, dia sempat memuat naik lagi satu video yang berkongsi foto-foto mereka dijadikan sebagai kenangan.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya hubungan yang terjalin berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin, Tidak berakhir di situ, ada juga yang ‘mengeluh’ kerana gadis di usia 16 tahun ini, sudah berjumpa dengan pasangan hatinya namun tidak bagi mereka.
Sumber: Leeya