Status perkahwinan pelakon Zarina Anjoulie terus menjadi persoalan ramai selepas dia memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya memberitahu bahawa dia sudah bercerai.
Artikel Berkaitan : ‘Alhamdulillah, Aku Dah Cerai’ – Zarina Anjoulie
Terbaru, dia mengesahkan perkara itu adalah benar. Menurutnya penceraian ini merupakan pilihannya sendiri dan akui perkara ini adalah terbaik buat kedua-dua belah pihak.
Ini adalah terbaik
View this post on Instagram
Ye, Anju dah cerai. Bukan aku sibuk nak kecoh, tapi sebab ramai yang tanya. Bukan apa-apa pun, bukan teruk sangat. I just rasa we’re just not in the same page anymore. Its by choice. Ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya cuma mahu fokus kepada keluarga dan anak saya.
Menurut Anju, dia dan suaminya sudah bercerai dengan cara baik memandangkan dia merasakan mereka sudah tidak serasi. Tambahnya lagi, dia ingin lebih memberi fokus kepada kerja, keluarga dan anak lelaki. Dia akui turut ingin menghabiskan lebih banyak masa terluang bersama keluarganya.
Zarina Anjoulie turut berterima kasih kepada semua yang prihatin dan mendoakan yang terbaik buat dirinya. Rata-rata netizen tumpang sedih dengan perkhabaran tersebut. Malah Zarina Anjoulie juga dilihat sebak ketika menuturkan kata-katanya.
Kami tak serasi
Aku rasa aku kahwin terlampau cepat. Sekarang aku tengok ramai orang pressure suruh kahwin. Dengan PU semua sibuk suruh aku kahwin! Kau ni semua mengelabah si**!
Menerusi Instagram Story, Zarina merasakan punca penceraian ini adalah kerana dirinya terlalu cepat berkahwin. Malah dia turut akui tertekan akibat desakan orang ramai termasuk desakan Pencetus Ummah (PU).
Dia turut menasihati agar wanita di luar sana buat pilihan bijak dan ikut kemahuan sendiri. Jangan pernah membuat kesilapan yang sama seperti dirinya.
Sumber : Anjoulie