berita

‘Aku Tak Suka Orang Fitnah Aku Macam Tu’ – Haneesya Hanee Maafkan Peminat Buat Video Fitnah Tapi..

February 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Beberapa hari yang lalu, pelakon, Haneesya Hanee didakwa meluahkan perasaan ‘geram’ apabila niat baiknya untuk memberi pertolongan dan pendapat kepada seorang individu telah disalah ertikan. Lebih menyedihkan, individu tersebut membuat satu rakaman video Tik Tok dan dipercayai memanipulasi semula ayat dan pendapatnya.

Terbaru, individu berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di sidang live bersama Haneesya di Instagram. Malah, individu terbabit juga telah memadam video Tik Tok berkenaan dan deactivate akaun Instagramnya.

Asyik stuck pasal hitam ni

Haneesya, sebenarnya saya dengar mengenai awak sebelum menang Dewi Remaja lagi daripada seorang bekas jiran awak. Saya lupa nama. Kami jumpa dekat set penggambaran. Haneesya, I ada masuk uji bakat Hero Remaja berturut-turut sejak 21 hari bulan tapi saya masih gagal. Selama ini, saya asyik stucked pasal hitam saya ni. Sama juga macam baru-baru ni tapi mereka tak mengaku. Saya buat 120 peratus depan mereka tau. Tapi masih diberikan pelbagai alasan dan sampai mereka kata bakat saya tak diperlukan. Hero Remaja tak nak. Saya harap awak boleh bantu dalam apa jua persediaan.

Menurut Haneesya, dia telah menerima direct message (dm) daripada seorang lelaki pada 24 Disember 2019. Lelaki tersebut telah meminta pendapatnya setelah gagal dalam uji bakat pencarian Hero Remaja pada masa tersebut. Jelas lelaki itu, dia dipercayai gagal uji bakat berkenaan atas faktor warna kulitnya yang gelap meskipun sudah memberikan yang terbaik pada hari kejadian.

Sebagai salah seorang individu yang pernah menyertai Dewi Remaja, Haneesya membalas semula kiriman dm tersebut dan menyatakan bahawa isu warna kulit bukan masalah sebenarnya apatah lagi bakat. Ujarnya lagi, uji bakat tersebut memerlukan seseorang yang bagus, memiliki pakej yang lengkap dan sesuai dengan cita rasa juri pada hari berkenaan. Namun begitu, individu tersebut didakwa ‘triggered’ dengan pendapat Haneesya lalu memuat naik satu video Tik Tok dan mengatakan bahawa Haneesya hendak menjatuhkannya semasa memberikan pendapat.

Berlagaknya engkau

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Assalamualaikum, pertama sekali saya nampak video Haneesya marah dan saya sebenarnya cari screenshot perbualan sebelum ni. Mana perkataan ‘kau tak layak tu’. Sebenarnya i terkejut juga. Saya kalau nampak video Hanee, saya ingat yang saya pernah hantar dm dekat Hanee dan dia Hanee buat saya terluka. Dalam hati I, I terasa u pernah cakap semua dalam video tu. Bila keluar dekat video tu, semua itu tak ada. Mungkin saya sensitif. I tak cakap Hanee ni delete chat ka apa dan I pun tak ada bukti. So, i nak ambil peluang untuk minta maaf dekat Hanee. Semua orang terkesan. Saya minta maaf terutama juga dekat keluarga Haneesya. Tak ada unsur fitnah and putar belit cerita.

Susulan daripada itu, Haneesya telah melakukan sidang live bersama lelaki tersebut. Menerusi video berdurasi 40:37  saat itu, lelaki tersebut telah melakukan permohonan maaf kepada Haneesya dan keluarga termasuk netizen yang telah melihat video berkenaan. Jelas lelaki itu lagi, dia dipercayai berada dalam keadaan yang emosi pada waktu berkenaan dan tidak sedar bahawa ayat yang dikeluarkan olehnya itu tidak sama seperti dengan nasihat yang diberikan oleh Haneesya. Bagi menjernihkan semula keadaan, lelaki tersebut berjanji akan memadam video viral tersebut selepas sesi live yang diadakan.

Thank you everyone

Terbaru, Haneesya memuat naik satu posting di mana dia memberitahu kepada netizen bahawa ruangan komen sidang live bersama lelaki tersebut telahpun ditutup. Ini kerana, individu berkenaan telah menutup kesemua akaun media sosialnya. Tambah Haneesya, dia faham situasi dan perasaan lelaki berkenaan selepas dihentam oleh netizen kerana perbuatan yang dilakukan.

Ujar Haneesya lagi, dia memaafkan individu tersebut dan berharap apa yang berlaku di antara mereka boleh dijadikan pengajaran buat semua yang berada di luar sana. Haneesya turut memberitahu bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang sekiranya perkara tersebut masih berlaku di kemudian hari. Ucapan terima kasih buat semua yang memberikan sokongan turut diucapkan oleh Haneesya menerusi posting tersebut.

Sumber: Haneesya Hanee

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×