Sempena hari bapa semalam, ramai yang mengambil kesempatan memberi ucapan buat ayah mereka termasuk Nabila Huda. Pelakon itu memuat naik video kenangan bersama Amy Search beserta luahan sayu rindu sebagai seorang anak yang tidak berpeluang untuk hidup bersama ayahnya.
Terbaru, Nabila Huda berang dan kecewa apabila ibu tirinya mengeluarkan kenyataan suaminya itu tidak menyambut hari bapa. Malah, dia turut mendakwa ibu tirinya itu punca hubungan dia dan penyanyi rock itu renggang.
Abil rindu papa
Kau tak payah nak post benda-benda macam ni
Sebab tu aku cakap dia ni punca. Dia ada je. Dia orang kanan yang paling rapat dengan bapak aku. Patutnya kau tak payah la nak post benda-benda gini. You never change lah. Sampai mampus pun kau takkan berubah. Perlu ke nak cerita pasal rockstar, tak celebrate birthday la, tak sambut hari bapa la, dia tak wish kau la, Macam kau sorang je yang beragama islam..Relax..Kenapa buat benda jadi complicated ni @qasander
Tak payah la play victims..Padahal kau tau, kau punca aku berjauhan dengan bapak aku. Sikit pun kau tak rasa bersalah. Aku nak post benda sweet untuk bapak aku, biar lah..ni kau nak sibuk jugak..Nak jugak menjawap. Ha lepas post ni, siap la ada yang cucuk kasi keadaan lagi panas ,kawan-kawan kau misscall, msg beratus-ratus bagitau benda ni kan..punca semua tu.
Aku takkan rampas your truly rock star
Surroundings pun punca jugak…Pastu kang mula la drama, Nak cerai lah, Nak bawak Anak lari la , buat bapak Aku sedih lagi..kang bapak aku bertambah marah Sebab kan aku,korang gaduh. Drama ulang-ulang sampai lah abang jamil mampos! Asal Kau rasa insecure sangat dengan aku ni..Jangan risau lah, aku takkan rampas pun your truly rock star tu.
Darah dia ada dalam badan Aku, sampai akhirat pun masih ada lagi. Astarfirullahalazim…Aduh,begini lah drama dalam hidup saya kawan-kawan..Padahal mulanya nak post benda sweet je Untuk bapak sendiri..hari lain pun Saya boleh je post cuma semalam saya rasa nak post nak buat macamana! Saya betul ikhlas dengan luahan Saya towards him. It just luahan seorang anak pada ayah nya..Salah ke benda tu sampai dia melibatkan agama? Ntah la..tak faham lah..
Sumber : Kupu-kupu