![]()
Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib yang perlu diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya majlis pernikahan. Kalau di Malaysia, setiap negeri mempunyai nilai mas kahwin yang berbeza-beza mengikut negeri.
Tapi, lain pula cerita mas kahwin pasangan dari Indonesia ini di mana mereka memilih segelas cendol sebagai mas kahwin. Sangat bersederhana kan?
Hanya sekali lafaz
https://www.facebook.com/muktar.nawawi/videos/pcb.2472824526092079/2472822066092325/?type=3&theater
Video pernikahan pasangan ini dikongsikan oleh Bagus Yudhistira di laman Facebooknya pada 30 Januari lalu dan tidak diketahui lokasinya. Berwalikan bapa pengantin, pasangan ini sah diijabkabulkan dengan surah Al-Ikhlas dan segelas cendol.
Dengan mas kahwin segelas cendol sah!
Minum cendol tanda ‘terima’
https://www.facebook.com/muktar.nawawi/videos/pcb.2472824526092079/2472824016092130/?type=3&theater
Sejurus selepas akad nikah, pengantin lelaki telah menyerahkan segelas cendol kepada pengantin perempuan. Sebagai tanda ‘terima’, pengantin perempuan meminum cendol tersebut.
Tunggang motosikal sebagai simbolik
![]()
Lebih unik lagi, sebagai simbolik perkahwinan, pengantin lelaki telah menunggang sebuah motosikal yang telah diubah suai untuk kelengkapan jualan cendol menuju ke rumah pengantin perempuan.
Sumber: Bagus Yudhistira








