Setelah sekian lama dihimpit kontroversi mengenai masalah rumah tangga, akhirnya pelakon Nadia Brian tampil beri respon terhadap status rumah tangganya bersama Muizz Nasruddin. Sebelum ini, suaminya itu pernah berkongsikan di media sosial dan mendakwa isterinya berlaku curang.
Artikel berkaitan: ‘Ya, Dia Sudah Failkan Penceraian’ – Nadia Brian
Nadia mengesahkan bahawa suaminya telah memfailkan kes perceraian mereka di mahkamah dan masih menunggu tarikh perbicaraan. Namun bagaimanapun, dia menafikan berlaku curang sepertimana diperkatakan Muizz sebelum ini.
Tak nak simpan dendam
Muizz sebelum ini pernah mendakwa melihat Nadia bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya. Tambahnya, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus.
Saya sudah tawar hati dengannya. Banyak juga kerenah Muizz yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya. Saya harap di mahkamah nanti Muizz akan terus melafazkan cerai.
Saya harap semua ini dapat diselesaikan cepat supaya masing-masing boleh teruskan kehidupan. Tak nak simpan perasaan dendam yang tak habis.
Menafikan sekeras-kerasnya
Bagaimanapun, Nadia menafikan terhadap dakwaan yang dikeluarkan suaminya itu. Demi menjaga aib masing-masing, Nadia membuat keputusan untuk tidak berkongsi sebarang berita berhubung isu rumah tangga mereka.
Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz.
Sumber: Harian Metro