
Pelakon Nadia Brian menyorot perhatian dengan kehadirannya ke majlis perkahwinan primadona Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain.
Artikel Berkaitan: Boss Ned Kongsi Foto Berpegangan Tangan Dengan Nadia Brian – ‘Awak Insan Istimewa Di Fikiranku’
Artikel Berkaitan: Gelagat Ibu Erra Fazira Bikin Terhibur – ‘Menantu Aku Handsome, Anak Aku Cantik’
Busana ungu

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi 34, berkongsi beberapa momen indah menghadiri hari bahagia pelantun lagu ‘Hanya Di Mata’.
Pada hantaran tersebut, Nadia dilihat berbusana ungu yang direka khas oleh jenama tempatan, Real Studio KL.
Alhamdulillah.
Tahniah Kak Erra dan suami. Semoga berbahagia selamanya.
Nadia dari kecil lagi sangat minat dengan Erra.
Satu-satunya primadona saya.
Berseri-seri




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpesona melihat kecantikan pelakon 34 tahun itu, yang tampak semakin berseri-seri mengenakan busana warna ungu.
Sumber: Instagram @nadia.brian






![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)
