Akibat mendapat kecaman yang teruk daripada wargamaya gara-gara menampilkan Marissa Dania dan Ahmad Aslam sebagai model pakaian, jenama pakaian muslimah iaitu Jelita Wardrobe tampil membuat permohonan maaf di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Kakak Dakwa Misya Tak Tahu Marissa Terlibat Sama Sesi ‘Photoshoot’, Geram Adik Jadi Bahan ‘Marketing’ Jenama Pakaian?
Permohonan maaf
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, pihak Jelita Wardrobe membuat permohonan maaf di atas perbuatan mereka yang dianggap tidak sensitif dan tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak.
Dalam pada itu, Jelita Wardrobe juga menjelaskan bahawa pihaknya berpegang teguh dengan etika dan telus dalam semua tindakan yang mereka lakukan.
Jelita Wardrobe satu jenama yang berpegang teguh terhadap etika dan ketelusan dalam semua tindakan yang mementingkan keselesaan dan keharmonian kepada pelanggan kami.
Kami sangat memandang serius dan mengambil tanggungjawab atas isu yang sedang tular.
Kami dengan rendah diri dan seikhlas hati memohon maaf kepada pihak terlibat di atas tindakan yang telah menyinggung sensitiviti segelintir pihak.
Kami mengambil isu ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk masa hadapan.
Dengan ini, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Sementara itu, hasil tinjauan OhBulan! mendapati akaun TikTok rasmi jenama pakaian berkenaan sudah pun lenyap susulan kontroversi tersebut.
Difahamkan, segelintir wargamaya bertindak ‘report’ hantaran video serta akaun TikTok rasmi mereka.
Terdahulu, tindakan Jelita Wardrobe yang memuat naik video Marissa dan Aslam sebagai model pakai mereka telah menyebabkan mereka menerima kecaman hebat daripada wargamaya.
Dalam masa yang sama, Jelita Wardrobe turut mengambil isteri pertama Aslam iaitu Umisya sebagai model tanpa memaklumkan mengenai pembabitan Marissa.
Rata-rata netizen juga menyifatkan mereka sebagai tiada empati selepas tergamak menggunakan krisis rumah tangga orang lain untuk kepentingan perniagaan mereka.
Aplikasi X
Fuhhhh dasyattnya. Korang report sampai kena banned tiktok jelita tu ?? pic.twitter.com/gqn8qYt3iX
— Caca (@Chapienat) March 8, 2024
Sumber: Instagram Jelita Wardrobe, Aplikasi X