berita

Kakak Dakwa Misya Tak Tahu Marissa Terlibat Sama Sesi ‘Photoshoot’, Geram Adik Jadi Bahan ‘Marketing’ Jenama Pakaian?

March 7th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

misya marissa

Kakak ipar kepada Ahmad Aslam iaitu Nadiah Mazlan berang dengan tindakan sebuah jenama pakaian yang didakwa menggunakan kemelut rumah tangga adiknya, Misya Mazlan sebagai teknik pemasaran.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Geram Marissa Jadi Penyondol, Sanggup Bermadu Padahal Ramai Lelaki Kaya – ‘Aslam Bukan Ada Duit Rasanya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pertama Kali Muncul Bersama Lepas Isu Kahwin Di Thailand, Marissa & Aslam Tak Kekok Photoshoot – ‘Muka Pun Seiras’

Misya tak tahu ada Marissa

misya

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Nadiah mendakwa Misya langsung tidak tahu yang anak pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim turut terlibat sama dalam sesi fotografi tersebut.

Dakwa Nadiah, Misya cuma dimaklumkan sejurus tiba di lokasi penggambaran.

Bukan itu saja, Nadiah mendakwa pihak jenama pakaian terbabit turut tidak membenarkan sebarang hantaran dimuat naik di media sosial yang melibatkan Misya dan Marissa.

Untuk pengetahuan, Misya memang tidak tahu langsung waktu penggambaran tersebut perempuan (Marissa) ini ada juga untuk shooting produk yang sama.

Bila sudah sampai ke tempat casting baru tahu dan pada masa itu juga telah diberitahu untuk tidak memuat naik sebarang hantaran yang melibatkan mereka berdua (Misya dan Marissa).

Tegas Nadiah, dia sebagai kakak perlu melindungi adiknya yang sudah teraniaya dengan pihak jenama terbabit yang ‘dahagakan’ bahan ‘marketing’.

Saya komen ini sebab saya perlu pertahankan adik saya. Jangan jadikan bahan ini sebagai marketing kalian. Tolong jadi manusia yang punya ihsan terhadap manusia lain.

Semata nak naikkan jenama produk?

misya marissa

Dalam pada itu, Nadiah turut menggesa pihak jenama pakaian terbabit untuk bertaubat dan memohon maaf kepada Misya kerana telah melukakan hati yang sudah sememangnya sakit.

Sebelum ini, viral di media sosial yang memaparkan rakaman video Marissa bersama Aslam dalam sebuah penggambaran koleksi baju raya. Pasangan itu sedondon menggayakan busana berwarna hitam selain tidak kekok bergandingan di depan kamera.

Pada 7 Februari lalu, timbul dakwaan Marissan dan Aslam sudah bernikah di Songkhla, Thailand, iaitu ketika Misya sedang menunaikan ibadah umrah.

Secara eksklusif kepada OhBulan!, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu.

Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.

Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.

Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×