berita

“Alamak! Time Ni Lah Jerawat Nak Naik..” – Ini 5 Kelebihan Moisturizer Yang Korang Kena Tahu!

October 11th, 2018 | by Nisa Irina
Kini Trendy

Pernah tak rasa kulit muka korang kering, tegang dan gatal-gatal? Kawan-kawan pun tegur kulit muka korang nampak kusam dan tona tak sekata. Haa.. tu maksudnya kulit muka korang dehydrated dan kekurangan air tau. Tapi jangan pulak korang keliru antara kulit kering dan kulit dehydrated.

Kulit dehydrated disebabkan kekurangan air di lapisan kulit paling atas. Itulah pentingnya untuk korang hydrate balik kulit korang menggunakan moisturizer. Nak tahu tak apa kepentingan moisturize untuk kulit korang? Meh admin share kebaikannya..

1. Kurangkan masalah kulit. Say no to ‘Mr. J’!

Antara ciri-ciri kulit dehydrated ialah kulit kelihatan kusam, rasa kasar dan tegang. Selain itu, kulit korang akan jadi lebih sensitif dan berkedut. Jadi cara untuk mengurangkan masalah-masalah kulit macam yang dinyatakan adalah dengan memilih jenis moisturizer yang sesuai.

Bila kulit dah terlalu kering atau berminyak, mulalah ‘Mr. J’ datang menyinggah. Menurut pakar, kalau korang punya kulit terlalu berminyak, korang kena cari moisturizer dalam bentuk losyen. So, rajin-rajin lah buat research dan amalkan pemakaian moisturizer setiap hari.

2. Kekal awet muda weyh!

Kredit: Gifer

Dengan memakai moisturizer, kulit korang akan jadi lebih anjal dan lembap. Ini yang buat korang nampak lebih muda dari usia. Sebab tu penting untuk pastikan kulit wajah sentiasa lembap. Semasa korang apply moisturizer kat muka, mulakan dari bawah ke atas tau sebab kalau korang buat dari atas ke bawah, korang akan menarik kulit dan menyebabkan kulit korang sagging.

Make sure korang apply dan gosok muka secara perlahan-lahan okay, terutamanya di keliling mata. Jangan pergi tonyoh pulak muka tu! Cara ni juga boleh melancarkan pengaliran darah di kawasan muka dan menjadikan kulit korang lebih sihat!

3. Bye-bye kedutan!

Kredit: Our Beauty Guide

Ucapkan selamat tinggal kepada kedutan kat muka korang tu dengan memakai moisturizer setiap hari. Bila korang dah amalkan rutin ni, sekali korang skip je, korang akan rasa perbezaan dia. Tak percaya cubalah!

4. Yeay! Makeup lebih flawless

Perasan tak kadang-kadang foundation dan concealer yang korang apply di sekitar mata dan muka jadi merekah bila dah seharian pakai makeup? Percaya atau tak, rahsia untuk dapatkan makeup lebih flawless adalah kulit yang hydrated!

Sebaiknya lepas dah apply moisturizer, korang tunggu kejap dalam 5 minit macam tu sebelum apply foundation untuk bagi kulit korang betul-betul serap lembapan tu.

5. Pulihkan kulit kusam

Kalau kulit korang kelihatan kusam tu, maksudnya kulit korang tak cukup hydrated lagi. Rutin memakai moisturizer setiap hati boleh baiki balik tona-tona kulit yang tak sekata kat muka korang tu. Barulah nampak cerah dan berseri! Jumpa crush pun tak rasa malu dah hehe..

Sesetengah moisturizer juga mengandungi self-tanner yang boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Korang kena pandai cari okay.

Kredit: Gifer

Jadi korang dah tahu kan kenapa moisturizer tu penting untuk kulit? Banyak kebaikan yang korang boleh dapat kalau korang amalkan rutin untuk hydratekan kulit korang. Sebelum beli produk dekat drugstore, pastikan korang tahu jenis kulit korang so that produk yang korang pakai tu sesuai. Nak cantik kena lah rajin ye sis!

 

Sumber:  Good House KeepingStyle CasterBurke Williams Spa

Most Read Today