berita

Alami Depresi Selepas Suami Curang Ketika Mengandung, Wanita Cekal Teruskan Hidup Walaupun Pernah…

April 21st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Bukan mudah bagi seorang wanita yang sedang hamil 13 minggu, untuk terus kuat selepas mengetahui suami tersayang berlaku curang. Walaupun perit untuk diterima, kesihatan diri dan kandungan masih perlu menjadi keutamaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: Wanita Pasrah Suami Kantoi Curang Dengan Adik Sendiri, Suami Pesan Jangan Viral Dekat FB

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!

Artikel Berkaitan:Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Suami pula curang…

Seperti luahan seorang wanita cekal menerusi dua buah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil menceritakan kisah sedih dia bagai dibiarkan berseorangan ketika sakit. Dia bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak memberitahu perkara tersebut kepada keluarga.

Sini aku ceritakan betapa sakitnya depression ini dan semua family tak tahu. Husband tak hilang, warded tapi tak ada apa yang peduli.

Dakwa pemilik video ini lagi, suaminya dikatakan berlaku curang ketika dia sedang mengandung dan wanita ini pernah terdetik untuk menggugurkan kandungan dan membunuh diri namun si suami tetap tidak menghiraukannya.

Bila waktu aku pertama kali warded disebabkan kau.

Bila waktu aku perlukan kau, ketika aku sedang hamil 13 minggu kau curang dengan aku. Waktu ini aku tak tahu lagi, tapi sekarang Allah nak tunjuk sampai aku nak g*g*rk*n budak ini, sampai aku ambil keputusan untuk b*n*h d*r* kau masih tak hirau isteri kau.

Ujar wanita ini lagi, bukan mudah apa yang sedang dilaluinya sekarang dan menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat kepada dia supaya terus kuat mendepani hari-hari mendatang.

Perit ya Allah waktu aku sedang sakit ya Allah.

Sumber: Needhelp

SKIP THIS AD ×