berita

Alami Histeria Sejak Lapan Tahun Lalu, Wanita Maut Ketika Terima Rawatan Tradisional

July 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Niat seorang wanita untuk merawat penyakitnya secara tradisional bertukar tragedi apabila maut ketika menerima rawatan di Pandan Perdana, semalam.

Alami histeria sejak lapan tahun

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa mengalami histeria sejak lapan tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri di hospital baru-baru ini. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita pada jam 6.35 petang memaklumkan anak perempuan mereka berusia 41 tahun meninggal dunia. Tambah Farouk, mangsa datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional sejak seminggu yang lalu.

Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian. Siasatan di tempat kejadian masih lagi berjalan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Berikutan daripada itu, pihak polis menahan wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional.

Suspek akan ditahan reman pada hari ini di Mahkamah Ampang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Sumber: Polis Daerah Ampang Jaya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×