berita

Alami Keindahan Bunga-Bunga Raya Di Pusat Beli Belah Sunway!

May 13th, 2019 | by Wan
Shout Out!

Pusat Beli-Belah Sunway menyambut Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan tema Bunga-Bunga Raya. Kesemua pusat beli-belah Sunway akan mengetengahkan konsep kreatif mereka tersendiri berdasarkan tema utama yang meraikan kecantikan bunga-bunga Malaysia termasuk Bunga Raya, Bunga Orkid, Bunga Kertas (Bougainvillea), Bunga Geranium, Bunga Seri Pagi (Morning Glory) dan Bunga Melati (Jasmine).

Selain dari segi estetika, setiap bunga juga mempunyai makna simboliknya yang masing-masing membawakan maksud seperti kebersamaan, perayaan, pengampunan, harapan, permulaan dan kemurnian. Tema bunga raya ini telah pun mula dipamerkan sehingga 9 Jun 2019.

Bunga-bunga raya

Disamping dekorasi bunga yang meriah, pelbagai aktiviti menarik disediakan buat semua pengunjung yang hadir nanti. Ambil gambar kreatif di Buaian Bunga-Bunga (Bunga-Bunga Swing), kemudian kongsi di laman Instagram atau Facebook! Pengunjug boleh melengkapkan empat aksi di Kawasan Permainan Hopscotch (Hopscotch Play Area).

Serta jangan lepaskan peluang untuk mencuba Laluan Flora Mekar (Blooming Floral Walk); pembeli-belah yang meluangkan masa mereka dengan berjalan di laluan ini akan memperoleh sehelai kelopak. Pembeli-belah juga boleh mengamati taman mekar yang interaktif dan serba unik serta serlahkan bakat kreatif mereka dengan menghasilkan pertunjukan bunga mereka sendiri.

Kelopak bunga yang terakhir dapat diperoleh dengan mengambil gambar di kios foto Laluan Memori Flora (Floral Memory Lane). Bagi mereka yang ingin membawa pulang hadiah atau dekor bunga-bungaan sempena musim perayaan ini, pembeli-belah boleh mengunjungi pasar bunga Fleurs Raya atau mencuba kemahiran seni dan kraf mereka di bengkel-bengkel yang akan dianjurkan di dataran tersebut pada tarikh yang tertentu.

Menangi vespa

Pembeli-belah juga boleh belajar menjaga taman mini mereka sendiri dengan menghadiri bengkel dekoratif bunga yang akan diadakan pada hujung minggu. Bagi memeriahkan lagi acara perayaan ini, pembeli-belah boleh memanjakan diri mereka dengan coklat Royce dan pembeli-belah yang berbelanja RM 500 dalam jumlah resit maksimum iaitu sebanyak dua resit (RM 400 untuk pemegang kad kredit HSBC) boleh menebus sebalang Yankee Candle di dataran tersebut.

Dengan lebih daripada 1,000 kedai khusus yang terletak dalam pusat beli-belah ini yang merangkumi fesyen antarabangsa, kecantikan, sukan dan gaya hidup, gajet, permainan dan banyak lagi, pembeli-belah pasti akan rambang mata! Jadi, jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Sunway Pyramid terbaharu yang menyediakan pelbagai tawaran eksklusif untuk pengunjung. Pembeli-belah berpeluang untuk memenangi Vespa edisi terhad dengan aplikasi mudah alih Sunway Pyramid yang terbaharu. Untuk info lanjut layari www.sunwaypyramid.com/bungabungaraya

SKIP THIS AD ×