berita

Alami Kemurungan Melampau Risau Omicron Jangkiti Keluarga, Doktor Bunuh Isteri & Anak

December 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Bangalore, India, seorang profesor perubatan tergamak membunuh isteri dan dua orang anaknya gara-gara takut dengan varian Omicron. Menerusi laporan India Times, lelaki tersebut ingin ‘membebaskan’ isteri dan anak-anaknya daripada menanggung kesakitan di kemudian hari.

Bosan kira jumlah mayat

Selepas membunuh isteri dan dua orang anak di rumah, tertuduh yang dikenali sebagai Dr. Sushil Kumar menghubungi adik lelakinya untuk menceritakan hal sebenar. Susulan pengakuan tersebut, adik lelakinya telah menghubungi pihak polis untuk segera memeriksa keadaan kakak ipar dan anak saudaranya. Menurut laporan polis, kejadian tersebut berlaku di sebuah apartmen di Indiranagar. Sushil merupakan seorang profesor perubatan forensik yang bertugas di Kolej Perubatan Rama. Tertuduh telah membunuh isterinya yang berusia 48 tahun dan dua orang anaknya yang berusia 18 dan 10 tahun.

Saya sudah bosan mengira jumlah mayat dan tiada yang terlepas daripada Omicron.

Berikutan daripada kes pembunuhan tersebut, pihak polis telah menemui sebuah nota yang ditulis oleh Sushil. Jelas Sushil, tindakannya itu semata-mata mahu membebaskan semua orang daripada menanggung kesakitan. Ujar adik kepada Sushil, dia terkejut melihat mayat kakak ipar dan anak saudaranya yang terbaring di sebelah tukul. Objek tersebut dipercayai digunakan oleh Sushil untuk membunuh ahli keluarganya. Setakat ini, lima kes varian Omicron telah dikesan di India dan tiada sebarang kematian dilaporkan.

Sumber: India Times

SKIP THIS AD ×