Masalah kelemumur lazimnya berpunca daripada kulit kepala kering iaitu penghasilan minyak yang berlebihan atau faktor gaya hidup seperti tekanan serta pemakanan tidak seimbang.

Artikel Berkaitan: Bebas Penyakit Berjangkit, Ini Antara Syarat Kesihatan Jemaah Haji Musim 1447H/2026M

Artikel Berkaitan: ‘Ibu Mengandung Pastikan Clean Shave’ – Individu Dipercayai Staf Kesihatan Dikecam, Kongsi Fasal ‘Hutan Rimba’ Pesakit

Sel kulit mati tertanggal

Sekadar Gambar Hiasan (Treasure Sauda)

Menurut American Academy of Dermatology Association, kelemumur terbentuk apabila sel-sel kulit mati tertanggal dalam jumlah yang banyak. Serpihan tersebut kemudian bercampur dengan minyak pada kulit kepala sehingga membentuk kepingan putih yang mudah dilihat pada helaian rambut.

Masalah ini dapat diatasi dengan beberapa cara, antaranya dengan menukar diet pemakanan seharian. Pengambilan makanan tinggi karbohidrat dan gula boleh meningkatkan pengumpulan glikogen pada kulit, sekali gus menjadi sumber makanan utama yis (kulat) yang mencetuskan kelemumur.

Sebaliknya, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan dapat membantu meredakan keradangan pada kulit kepala.

Untuk mengatasi masalah ini, anda juga boleh mencuci rambut dengan kerap kerana ia dipercayai mampu mencegah pengumpulan minyak dan sel kulit mati.

Selain itu, penggunaan produk skrub rambut atau eksfoliator yang mengandungi asid salisilik boleh mengatasi kulit kering dan mengurangkan pengelupasan.

Manakala, minyak kelapa atau minyak semula jadi turut mampu mengimbangkan pengeluaran minyak pada kulit kepala dan mengurangkan kekeringan.

Fokus pada kulit kepala

Sekadar Gambar Hiasan (The Asian Parent)

Selain itu, hal ini boleh diatasi dengan mengelakkan daripada menyapu syampu anti-kelemumur ke seluruh rambut. Hanya fokus pada kulit kepala dan urut sekurang-kurangnya lima minit supaya bahan aktif berkesan.

Cara berikutnya adalah dengan mengelakkan daripada meratakan syampu anti-kelemumur ke seluruh rambut. Sebaliknya, hanya fokus pada kulit kepala dan urut sekurang-kurangnya lima minit supaya lebih berkesan.

Dalam masa yang sama, adalah dinasihatkan untuk tidak menggaru kerana ia boleh merosakkan kulit kepala dan menyebabkan keradangan serta meningkatkan risiko jangkitan.

Di samping itu, sering berada di luar rumah dan terdedah dengan udara segar turut dapat menyihatkan kulit kepala secara semula jadi, berikutan ia mampu mengurangkan pengumpulan minyak dan kelembapan berlebihan.

Sumber: American Academy of Dermatology Association