Penyanyi dan pelakon, Janna Nick telah dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu.
Janna Nick masuk wad
Menerusi perkongsian terbaharu, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memaklumkan telah dibenarkan pulang pada hari ini iaitu 13 Ogos 2023 setelah hampir empat hari mendapatkan rawatan di hospital. Tambah Janna lagi, dia kini dalam proses pemulihan.
Difahamkan, pihak hospital mengesahkan pelantun lagu Gatal ini menghidap penyakit Sigmoid Colitis iaitu radang usus. Suami aktres ini iaitu Dini Schatzmann dilihat berada di hospital menemani Janna sepanjang berada di wad.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan doa agar Janna diberi kesembuhan.
Untuk rekod, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun lalu di Masjid A’isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi.
Sumber: Janna Nick