Penyanyi, Chombi dikhabarkan tiba-tiba pengsan sebelum membuat persembahan di Karnival Jom Santai di Taiping, Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Ramai Lelaki Nak Mengorat Chombi, Harry Khalifah Cakap Anak Muda Lagi Baru 15 Tahun
Artikel Berkaitan: Sering Pengsan & Sakit Pada Perut Kiri, Acha Septriasa Dedah Dirinya Hanya Ada Satu Buah Pinggang
Baru baik demam
Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam Ahmad Sairi dikejarkan ke hospital setelah pengsan berikutan mengalami masalah tekanan darah rendah. Malah, penyanyi ini difahamkan baru sahaja sembuh daripada demam sebelum menghadiri karnival terbabit.
Terbaru di Instagram, Chombi memaklumkan keadaannya kini semakin baik di samping meluahkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memdoakan kesembuhannya. Tambahnya lagi, dia turut memohon maaf kepada seluruh warga Taiping kerana tidak dapat meneruskan persembahan di acara itu.
Alhamdulillah saya okay sikit. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan saya dan saya minta maaf pada orang-orang taiping sebab tak dapat nak teruskan, insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi. Doakan saya sihat seperti biasa tau.
Sumber: Instagram