Kenyataan pelakon Alya Iman yang memberi alasan menanggalkan tudung kerana tidak mahu hipokrit telah menarik perhatian pendakwah selebriti, PU Syed.
Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Rambut Kepuk Warna Perang, Alya Iman Buka Tudung?
Pintu taubat masih terbuka
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Syed berkata melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan bukan sesuatu yang menjadi pilihan kepada orang Islam.
Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, menyatakan, itu adalah satu kewajipan untuk dilaksanakan kecuali jika ‘dilanggar’ disebabkan darurat.
Selain itu, Syed menegaskan alasan tersebut merupakan pemikiran liberal dan sesat kerana berani mempersendakan perintah Allah.
Dalam pada itu, Syed turut mendoakan agar anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha kembali berhijab suatu hari nanti.
Pada 1 Syawal, pemilik nama Alya Ziman Azmil memuat naik foto mengenakan kurung moden berwarna biru dengan gaya rambut berwarna perang.
Sumber: Instagram