berita

Kongsi Gambar Rambut Kepuk Warna Perang, Alya Iman Buka Tudung?

April 23rd, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pelakon Alya Iman mengejutkan ramai orang apabila memuat naik foto tidak lagi berhijab di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: ‘Ya, Dia Teman Lelaki Saya’ – Alya Iman Mengaku Sudah Berpunya

Artikel Berkaitan: Putus Cinta Dengan Kekasih, Alya Iman ‘Not Available’ – ‘Saya Nak Fokus Karier Seni’

Tudung ‘ghaib’

Menerusi hantaran yang dibuat pada Hari Raya Pertama Aidilfitri, Alya mengenakan kurung moden berwarna biru dengan gaya rambut berwarna perang.

Di kapsyen, pelakon berumur 22 tahun ini hanya mengucapkan, ‘Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.’

Pemilik nama Alya Ziman Azmil juga mengehadkan ruangan komen dengan hanya untuk kenalan yang diikuti di media sosial.

Antara barisan selebriti yang memuji penampilan baru anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha adalah Elizabeth Tan dan Tasha Yong.

Sebelum ini, Alya pernah dilanda kontroversi apabila didakwa sebagai perosak rumah tangga kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang yang kaya.

Sumber: Instagram  

SKIP THIS AD ×