berita

Alat Bantu Pendengaran Bantu Menyelesaikan Masalah Komunikasi Dalam Norma Baharu

November 10th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Komunikasi adalah sangat penting untuk kita menyuarakan perasaan dan pendapat. Boleh dikatakan setiap hari kita akan berkomunikasi dengan orang lain. Secara tidak langsung, komunikasi akan mengeratkan hubungan kita dengan seseorang.

Norma baru (penjarakan sosial dan memakai topeng muka) tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kini dan mungkin berterusan kelak. Sesetengah orang berasa agak sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mulut dan bibir akan terlindung di sebalik topeng muka ketika berkomunikasi. Suara akan perlahan dan tidak jelas kerana disekat oleh topeng muka.

Situasi ini akan memberi kesan terhadap proses komunikasi terutama bagi golongan yang mempunyai masalah pendengaran. Terdapat beberapa kajian menunjukkan golongan masalah pendengaran menghadapi kesukaran mendengar lebih jelas apabila seseorang itu memakai topeng muka ketika bercakap. Mereka ini mempunyai kesukaran dalam membaca gerak bibir seseorang ketika berkomunikasi. Suara akan jadi lebih perlahan malah ia akan memberi kesan yang drastik dalam persekitaran yang bising, terbuka atau senyap.

Unitron Discover Next Series, bantu dengar percakapan disekat oleh topeng muka

20dB Hearing ambil inisiatif memperkenalkan alat bantu pendengaran dari Kanada bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku ketika ini. “Unitron Discover Next Series” merupakan satu-satunya alat bantu pendengaran yang mempunyai teknologi untuk mendengar lebih jelas dan kuat di norma yang baru ini (topeng muka).

Alat ini sesuai digunakan untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana atau teruk. Teknologi ini akan membantu mengenal pasti dan menguatkan bunyi yang disekat oleh topeng muka ketika berkomunikasi dalam suasana senyap dan bising.

Seiring dengan norma baru iaitu penjarakan sosial dan “meeting” dalam talian, alat ini menyediakan teknologi yang canggih di mana ia dapat menyambung terus dengan peranti elektronik melalui sistem “Bluetooth”. Kini, korang boleh mendengar dan menghadiri sebarang aktiviti atas talian tanpa gangguan. Ia juga disertakan dengan pelbagai pilihan aksesori yang menarik untuk kegunaan situasi kompleks (perjumpaan, persidangan, kelas) dan juga menonton televisyen.

Dengar cerita, teknologi yang ada pada Unitron Discover Next Series memang sesuai sangat dengan waktu sekarang. Korang tak payah baca gerak bibir orang pun, boleh dengar dan faham apa yang orang pakai topeng muka cuba sampaikan.

Jom kita tengok keistimewaan pada Unitron Discover Next Series ni..

Memiliki teknologi Soundcore + soft speech lift

Kalau korang nak tahu, Unitron Discover Next Series memiliki teknologi Soundcore dengan tambahan soft speech lift (menguatkan bunyi yang perlahan). Fungsi tambahan ini membantu meningkatkan suara pertuturan lembut dalam suasana yang tenang.

Jika alat bantu pendengaran mengesan pertuturan di bawah 55dB SPL, soft speech lift akan bantu meningkatkan bunyinya. Senang cerita, member korang cakap dengan bunyi perlahan di sebalik topeng muka pun, korang boleh dengar dengan jelas!

Unitron Discover Next Series tersedia dalam semua tahap faktor dan teknologi. Ia disokong oleh aksesori canggih yang membolehkan pendengaran korang lebih baik untuk aktiviti seharian. Nak dengar lagu dan tonton tv lebih jelas kat tempat bising pun boleh!

Memenangi Anugerah Red Dot: Product Design 2020

Paling menarik, Unitron telah memenangi Anugerah Red Dot 2020 bagi kategori Reka Bentuk. Ia memaparkan reka bentuk yang unik, kecil dan menarik seiring dengan era zaman sekarang. Reka bentuk ni dihasilkan dengan nilai IP 68 iaitu mampu tahan debu keseluruhannya dan kalis kelembapan. Dengan reka bentuk yang unik dan teknologi yang canggih ni, kami yakin ia merupakan pilihan utama alat bantu pendengaran yang sesuai dengan peredaran zaman teknologi canggih dan norma baru.

Boleh terus dapatkannya di 20dB Hearing!

Kalau korang nak tahu sendiri kelebihan-kelebihan “Unitron Discover Next Series” ni, korang boleh kunjungi 20dB Hearing yang berdekatan dengan korang. 20dB Hearing mempunyai 25 buah cawangan dan lebih 40 orang Audiologis bertauliah seluruh Malaysia.

Nak lagi syok? 20dB Hearing ada benda percuma nak bagi korang ni..

Ujian saringan pendengaran percuma buat semua warga emas!

Korang boleh bawak ibu ayah, kawan dan sesiapa saja untuk merasainya sendiri. Tak payah risau. 20dB Hearing menyediakan khidmat membawa pulang alat bantu pendengaran selama 20 Hari dan saringan ujian pendengaran percuma kepada golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Paling menarik, korang berpeluang untuk memiliki baucar bernilai sehingga RM1,000 dengan setiap pembelian alat bantu pendengaran di pusat 20dB Hearing dan dapat hadiah misteri dengan hanya mendaftar. Korang jugak berpeluang memenangi cabutan bertuah sepasang alat (Unitron Discover) bernilai sehingga RM9,900!

>>KLIK SINI UNTUK DAFTAR DI 20DB HEARING<<

>>KLIK SINI UNTUK DAFTAR DI 20DB HEARING<<

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian 1800 88 2032 atau Whatsapp ke +6012 9427729. Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari laman sesawang (www.20dbhearing.com), atau di media sosial laman Facebook @20dBMalaysia dan Instagram @20dbhearing.

Rebut peluang ini dan nikmatinya sendiri!

SKIP THIS AD ×