berita

Alat Sulit Anak Kena Tendang, Ibu Buat Pengumuman Guna Speaker Masjid Cari Pelaku

April 11th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Majoriti.com

Aksi seorang wanita sedang mencari pelaku yang menendang kemaluan anaknya menggunakan pembesar suara sebuah masjid menjadi tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: Budak 3 Tahun Ditemui Mati Atas Katil, Disyaki Ditendang Bapa Saudara Sebab Bising Pada Waktu Malam

Anak pulang ngaji mengadu sakit

Penduduk setempat dikatakan terkejut apabila mendengar bunyi seorang wanita sedang mencari pelaku yang menendang kemaluan anaknya. Wanita tersebut dikatakan panas hati kerana melihat anaknya yang baru sahaja pulang dari mengaji menangis kerana diganggu oleh rakan-rakan lain.

Hoi, anak-anak, siapa yang tendang kemaluan si Sarip?

Kalau tiada yang mahu mengaku, nanti aku tendang seorang demi seorang. Sarip balik mengaji dan menangis.

Memetik laporan Suara.com, kanak-kanak tersebut bahkan bukan sahaja diganggu, malah alat sulitnya ditendang. Rakaman yang tular di aplikasi TikTok itu mendapat perhatian netizen dan berjaya membuat netizen terhibur.

Selain itu, netizen juga terfikir fungsi pembesar suara masjid juga dipakai untuk mencari pelaku yang menganggu anak-anak.

Video penuh

@kechoth28

kasian sarip? #fyp #vidioviral #fyp??viral

? suara asli – Pikih Si’khecot Thej – Pikih Si’khecot Thej

Sumpah bukan saya buk

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi seorang ibu tersebut, ada juga mengatakan itulah rasa sayang seorang ibu terhadap anaknya. “Itulah ibu, dia tidak akan membiarkan anaknya menangis. Meski orang menertawakan nya. Terima Kasih ibu” komen netizen.

Sumber: Suara.com Pikih Si’khecot Thej

 

 

 

 

SKIP THIS AD ×