
Penyanyi dan komposer, Shila Amzah menerima dengan hati terbuka pandangan jujur seorang pengguna media sosial mengenai album terbaharunya berjudul SA25 yang disifatkan sebagai kurang ‘melekat’ selain bukan karya terbaik dalam perjalanan seninya.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dalam Perancangan Anjur Konsert Di Filipina & Thailand – ‘Di China Akan Ada Fasa 2 & 3’
‘Nuasa selamat’

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata dia sememangnya sedar album tersebut mungkin tidak memenuhi jangkaan sebahagian pendengar kerana konsep yang dibawakan kali ini lebih bersifat eksperimental dan peribadi.
Terima kasih atas ulasan jujur anda. Sebenarnya album ini adalah antara karya paling eksperimental pernah saya hasilkan dan sejujurnya saya memang sedar mungkin tidak memenuhi jangkaan biasa orang terhadap diri saya.
Pada satu tahap, saya rasa penat berada dalam nuansa ‘selamat’ yang orang sudah biasa dengar daripada saya.
Ini merupakan album pertama di mana saya benar-benar membiarkan diri untuk meluahkan segala-galanya secara jujur, seolah-olah helaian daripada jurnal peribadi saya sendiri.
Shila berkongsi perkara tersebut menerusi satu komen balas di platform Threads selepas seorang netizen tampil memberikan pandangan terbuka mengenai album berkenaan.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengakui terdapat beberapa bahagian dalam album tersebut yang mungkin kedengaran ‘mentah’, tidak sempurna dan berbeza daripada karyanya sebelum ini, namun itu merupakan elemen yang sengaja diterapkan.
Ada bahagian yang mungkin kedengaran mentah, tidak sempurna, berbeza atau bahkan sedikit tidak selesa, tetapi itulah sebenarnya tujuan saya. Saya mahu album ini terasa lebih manusiawi. Sangat menggambarkan diri saya.
Untuk karya seterusnya pula, saya kini sedang menghasilkan sesuatu yang baharu dan sejujurnya saya sangat menikmati kebebasan dalam proses itu.
Dari sudut kewangan dan kreativiti, album ini mungkin bukan langkah paling ‘selamat’ secara teori, tetapi perkembangan diri yang saya peroleh sepanjang proses menghasilkan album ini benar-benar berbaloi.
‘Kurang komersial’

Terdahulu, seorang pengguna media sosial memberikan ulasan terhadap album SA25 dengan menyatakan karya tersebut kurang bersifat komersial untuk pasaran pendengar Melayu arus perdana.
Ini bukan album terbaik pernah Shila hasilkan dalam diskografinya kerana selain menampilkan lagu kompilasi dan rakaman semula, lagu baharu dalam album ini juga kedengaran kurang bersifat komersial dari sudut muzik pop.
Album ini terlalu berkonsep urban untuk pasaran Melayu, sedangkan kebanyakan pendengar arus perdana Melayu masih cenderung kepada lagu lebih menyentuh emosi dan penuh unsur merintih seperti lagu Shila sebelum ini.
SA25 yang dilancarkan Disember tahun lalu memutkan 11 buah lagu, antaranya Sirna Hati, Tinggal Kenangan, Pernah Punya Aku, Dua Lima, Pergi Saja, Untukmu, Sahabat (fet Jaclyn Victor), Kamu dan Walau Hati Telah Beku Bersama Mimpi.
Selain itu, Patah Seribu Hatiku dan Memori Tercipta (remake) serta empat buah lagu trak bonus iaitu Tiada Dirimu, Khilaf Asmara, Penyejuk Hati dan Jauh Hati.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

