
Selepas berjaya mengadakan konsert mega di China dan Malaysia, penyanyi Shila Amzah kini bersedia melebarkan lagi pengaruh muziknya ke beberapa negara Asia lain termasuk Filipina dan Thailand.
Artikel Berkaitan: Didiagnos Pembawa Talasemia, Shila Amzah Reda Tak Boleh Hamil Lagi – ‘Saya Impi Anak Ramai’
Siri konsert mega

Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata, jadual seninya sehingga penghujung tahun ini bakal dipenuhi dengan pelbagai siri konsert termasuk beberapa perancangan besar yang sedang diusahakan.
Pada Ogos ini saya akan mengadakan satu lagi konsert solo di Malaysia. Selain itu, kami juga sedang berbincang untuk menganjurkan konsert di beberapa negara lain.
Konsert di China juga akan diteruskan untuk fasa kedua dan ketiga selepas ini. Sampai hujung tahun memang jadual saya sangat padat.
Selain China, saya memang ada perancangan untuk adakan konsert di Filipina dan Thailand juga, tetapi semuanya masih dalam perbincangan.
Alhamdulillah, permintaan daripada peminat sangat baik dan itu yang memberi semangat untuk saya terus aktif mengadakan konsert.
Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert minggu kelima Talk To My Manager 2 (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam baru-baru ini.
Menurut pelantun lagu Patah Seribu itu lagi, menyanyikan lagu Mandarin sememangnya menjadi sebahagian besar identiti seninya dan perkara tersebut turut membuka lebih banyak peluang di peringkat antarabangsa.
Kalau orang yang mengikuti perjalanan karier saya, mereka tahu DNA saya memang dekat dengan lagu-lagu Mandarin.
Saya sangat bersyukur dengan segala rezeki yang Allah beri dan dapat berkongsi momen indah ini bersama peminat dan keluarga.
Dalam masa sama, Shila berharap perjalanan seninya mampu menjadi inspirasi buat golongan wanita untuk terus mengejar impian tanpa mengira usia.
Walaupun umur saya sudah 36 tahun, saya masih percaya wanita boleh terus berjaya dan kejar impian masing-masing.
Saya harap apa yang saya lakukan ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana supaya jangan pernah berhenti berjuang dan percaya pada diri sendiri.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

