
Jurusolek dan usahawan, Datuk Alha Alfa berkongsi tentang keperibadian yang dimiliki oleh penyanyi Amylea Azizan meskipun sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Amylea Azizan Sudah ‘Move On’, Buka Mulut Isu Cerai – ‘Dia Belum Bersedia Jadi Suami’
Artikel Berkaitan: Amylea Azizan Umum Bercerai, Sudah Selesai Jalani Tempoh Iddah
Isu rumah tangga

Menerusi ruangan komen di TikTok sebuah portal hiburan, Alha memberitahu bahawa dia pernah menyaksikan sendiri keadaan Amylea semasa berada di dalam fasa yang sukar.
Bagaimanapun, Amylea mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan masalahnya kepada Alha.
Harap Amylea terus kuat. Saya kenal sebab dia yang buatkan lagu untuk iklan raya saya.
Ketika itu dia dalam masalah rumah tangga dan tak beritahu sesiapa pun.
Sampai satu hari, semasa rakaman lagu ‘Pamit’, saya nampak dia termenung, berzikir..saya ada bertanya kepada dia tapi dia tak jawab kenapa cuma dia cakap ada masalah sikit.
Tak tinggal solat

Dalam pada itu, Alha turut kagum dengan Amylea yang dilihat tidak pernah mengabaikan ibadah solat walau sedang sibuk bekerja.
Satu perkara yang saya belajar dari dia, sibuk macam mana pun solat adalah keutamaan.
Tak pernah terlambat. Semasa buat rakaman, dia cakap yang dia nak pergi tandas tapi sebenarnya dia solat.
Telekung sentiasa ada dalam beg dia. Ayat yang keluar dari mulut dia semua positif.
Semoga Allah temukan awak dengan orang yang baik-baik.
Pada Oktober lalu, Amylea menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan telah sah bercerai dengan suaminya malah sudah tamat tempoh iddah.
Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan secara terperinci tarikh sebenar perceraian mereka.
Untuk rekod, Amylea dan Mohammad Aqbar mengumumkan pernikahan mereka pada November 2023. Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis berkenaan.
Sumber: TikTok Portal Hiburan








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)