Pelakon dan penyanyi, Janna Nick berkongsi pengalaman menunaikan solat ketika berada di luar negara, terutama di lokasi yang kurang mesra muslim.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Lupa Tukar Lokasi Dalam Aplikasi, Solat Ikut Waktu Salah Di Luar Negara – ‘Nak Kena Qada Ke?’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Membesar Di Flat, Classy Tak Boleh Dibuat’ – Janna Nick

Usaha jadi muslim yang lebih baik

Menerusi perkongsian di Threads, Janna, 31, memaklumkan dirinya sedang berusaha untuk menjadi muslim yang lebih baik dengan menunaikan solat lima waktu tanpa mengira di mana sahaja dia berada.

Menurut Janna, dia hanya membawa keperluan asas seperti telekung ‘travel’ dan sebotol penyembur air sepanjang berada di luar negara.

Sedang usahakan solat dimana saja kita berada walaupun di negara yang bukan mesra muslim.

Kalau korang ada pengalaman solat macam ni, kongsikan cara yang terbaik jadi saya boleh perbaiki.

Saya hanya berbekalkan satu telekung travel dan botol spray kecil.

Dalam pada itu, Janna turut menitipkan penghargaan kepada pengasas telekung ‘travel’ yang disifatkannya banyak membantu memudahkan urusan golongan yang gemar mengembara.

Harap tidur malam pengasas telekung ini akan selalu lena dan diulit mimpi indah sebab memudahkan hidup pengembara macam saya.

Sumber: Threads @jannanick