Jurusolek terkenal dan usahawan, Alha Alfa mengakui serik apabila kerap menerima mesej daripada segelintir individu tidak dikenali yang meminta tajaan.

Artikel Berkaitan: Alha Alfa Dedah Terima Mesej Mohon Bantuan, Titip Pesanan Agar Ikut Kemampuan – ‘Saya Dari Keluarga Susah Juga’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Orang Sanding Sesuai Pakai Putih’ – Alha Alfa Bagi Tips Elak Muka Nampak Kelabu Waktu Nikah

Ramai minta sponsor

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Alha tampil menjelaskan maksud sebenar konsep sponsor (tajaan) yang sering disalah ertikan segelintir pihak.

Menurut Alha, konsep tajaan yang sebenar seharusnya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, sama ada individu yang menerima tajaan mahupun pihak yang menaja.

Saya dah bosan hari-hari dapat mesej minta ditaja. Anda yang minta ini semua, faham ke konsep sponsor?

kadang-kadang pening saya. Saya tak marah pun, cuma saya nak anda semua faham.

Sponsor bukan anda minta saya bagi. Lepas itu habis. Bila kita tak boleh nak bagi, meroyan dan cakap kita berkira.

Melainkan kalau kita dah kenal lama, memang sahabat baik dan keluarga. Jadi, konsep sponsor dah jadi macam bagi duit raya atau hadiah birthday.

Nak minta ditaja tidak semudah hantar mesej dan minta duit. Sponsor ini kena menang dua belah pihak. Saya bagi sesuatu, tak kira duit ke produk, awak kena nilai dan bagi sesuatu semula.

Tambah Alha, pihak yang ingin mendapatkan tajaan seharusnya memikirkan terlebih dahulu manfaat yang boleh diberikan kepada penaja sebelum sewenang-wenangnya menghantar mesej meminta tajaan bernilai ribuan ringgit.

Yang nak minta ditaja pun main nilai ribu-ribu lepas itu bagitahu nak minta logo untuk diletakkan di media sosial.

Awak tengok balik pengikut saya, kalau awak nak letak di akaun yang algorithm sendu, sekadar nak melepaskan tekak awak dan guna duit orang secara perfuma, fikir baik-baik.

Melainkan awak ada pengikut 10 juta, boleh difikirkan lagi.

Sumber: Instagram @alhaalfa