
Jurusolek terkenal dan usahawan, Datuk Alha Alfa meluahkan rasa kecewa ekoran bilangan individu yang hilang perasaan malu apabila meminta-minta demi memenuhi keperluan raya.
Artikel Berkaitan: Alha Alfa Sumbang RM20,000, Hasil Jualan Set Produk Khas Untuk Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ambil Saya Make Up, Terma & Syarat Saya Simple Saja’ – Alha Alfa
Alha Alfa dedah ramai minta duit

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Alha mendedahkan dirinya menerima banyak mesej secara peribadi dengan tujuan meminta bantuan daripada segi wang ringgit.
Kongsi Alha, dia juga berasal daripada keluarga yang susah malah mengambil inisiatif dengan berniaga demi memiliki sepasang baju baru di hari raya.
Abang, kakak, adik yang ku sayang, saya faham, nak raya masing-masing nak belikan baju raya buat anak isteri suami.
Tapi saya macam terkejut sekarang ramai sangat mesej mintak duit nak beli baju anak-anak.
Saya dulu dari keluarga yang susah juga. Kalau ayah tiada duit, pakai saja baju lama.
Saya akan usaha buat kuih atau meniaga, apa saya untuk cari baju sendiri bila dah besar.
Dalam pada itu, Alha sempat menitipkan pesanan buat umum agar tidak menormalisasikan amalan berpakaian serba baharu setiap tahun sekiranya tidak berkemampuan untuk menyediakannya.
Kalau awak semua tiada duit, tapi nak juga melaramkan anak isteri, goodluck lah, sampai bila-bila macam itu.
Tiada duit pun mereka tidak akan faham dan akan desak awak. Memberontak lagi ada, percaya la.
Sumber: Threads @alhaalfa







![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)