
Jurusolek terkenal dan usahawan, Datuk Alha Alfa tampil menyerahkan wang tunai sebanyak RM20,000 kepada pelakon Amyza Aznan bagi membantu menampung kos rawatan anak keduanya yang kini sedang berdepan penyakit kanser.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ambil Saya Make Up, Terma & Syarat Saya Simple Saja’ – Alha Alfa
Artikel Berkaitan: Alha Alfa Kongsi Ketabahan Amylea Azizan Hadapi Isu Rumah Tangga – ‘Saya Nampak Dia Termenung & Berzikir’
Sumbangan

Menerusi perkongsian di Threads, Alha memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dirinya menyerahkan sampul surat berwarna putih kepada keluarga Amyza.
Kata Alha, hasil sumbangan tersebut adalah daripada hasil kutipan set produk khas yang dibuat pada beberapa hari yang lalu.
Pengguna Alha Alfa Comestics yang sokong pembelian set untuk kita bantu kos rawatan anak kedua Amyza iaitu Adrian Adam saya sudah pun sampaikan amanah ini.
Dalam masa sama, Alha turut menitipkan doa agar segala urusan Amyza dan anak-anak dipermudahkan serta mendoakan agar Adrian kembali sihat seperti sediakala.
Terdahulu, Alha mengambil inisiatif mengumpul dana untuk membantu keluarga Amyza dalam menampung perbelanjaan rawatan anaknya, Adrian Adam.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

