Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Marissa Dania disahkan bukan lagi isteri kepada pempengaruh, Ahmad Aslam.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Marissa, Berhenti Libatkan Umisya’ – Aslam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Marissa Kuat, Reda Bukan Lagi Isteri Aslam

Syukur

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48,  menarik nafas lega apabila mendapat tahu tentang perkhabaran itu.

Alhamdulillah….

Sebelum ini, Abby memberikan sokongan penuh terhadap keputusan Marissa untuk berpisah dengan Aslam.

Terdahulu, peguam syarie mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser mengesahkan status pempengaruh itu bukan lagi suami kepada Marissa.

Terdahulu, Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata Aslam memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Ammar Yaser berkata, Aslam atau nama penuh Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

Kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian apabila dia dilapor berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.

Sumber: Instagram