berita

‘Alhamdulillah, Aku Hamil’ – Setelah 10 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan, Isteri Irwansyah Sah Hamil

September 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Setelah 10 tahun menjalani kehidupan berumah tangga bersama, akhirnya, pasangan selebriti Indonesia iaitu Zaskia Sungkar dan Irwansyah bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Berita gembira itu dikongsikan melalui Instagram kedua-dua selebriti ini. Zaskia menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa syukur dan gembira atas kurniaaNya ini.

Perjuangan mendapatkan garis dua

Pasangan ini telah berkahwin pada 15 Januari 2011 dan menjalani beberapa ujian kesihatan dalam usaha mendapatkan zuriat. Zaskir meluahkan rasa berbaloi dengan usaha mereka sebagai suami isteri dan kesabaran selama 10 tahun demi mendapatkan anak.

Alhamdulillah, rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung. Sepanjang hampir 10 tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri. Akhirnyaaa… Alhamdulillah aku hamil. Perjuangan mendapatkan garis dua ini ga sia-sia.

Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu Irwansyah yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu.

Doakan hingga selamat bersalin

Zaskia juga mengucapkan terima kasih kepada doktor perubatan yang sentiasa menyokong dan memberi semangat buat dirinya menjalani ujian IVF. Dia juga turut meminta agar rakan dan pengikutnya mendoakan kesihatan bayi dan dirinya sehinggalah proses bersalin nanti.

MasyaAllah Tabarakallah Special thanks untuk Dr. Reinorambey, bener-benar puas bangat sama service di morula bikin tenang profesional semua, Dokter  Reinorambey the best deh pokoknya , baru nemu dokter yang sedetail ini MasyaAllah dari hal kecil sampe besar semua diperhatin demi keberhasilan IVF, mana soleh bangat dokternya terima kasih ya dokter. Temen-teman doain Kia dan baby nya sehat ya sampai persalinan.

Sumber: Zaskia Sungkar

SKIP THIS AD ×