Penyanyi dan komposer terkenal, Edry Abdul Halim meluahkan rasa syukur sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-50 .

Artikel Berkaitan: Hantaran Edry Abdul Halim Raih Perhatian, Netizen Samakan Dengan Edward Cullen – ‘Kenapa Tak Tua?’

Artikel Berkaitan: Edry Serbu Bilik Karaoke Peminat Tengah Nyanyi Lagu ‘Terhangat Di Pasaran’ 

Usia bukan penghalang

Menerusi perkongsian di Threads, Edry, 50, memaklumkan dirinya masih berada dalam keadaan baik untuk terus melakukan perkara yang diminati bersama insan tersayang.

Alhamdulillah, sampai ke usia 50 tahun.

Tolak ke tepi hal kedutan di muka, uban dan beberapa sendi yang dah berbunyi.

Saya masih dalam keadaan tip top untuk terus melakukan apa yang saya suka bersama mereka yang saya sayangi, dan untuk mereka yang saya sayangi

Luangkan masa bersama

Dalam masa sama, Edry turut menzahirkan rasa gembira kerana berpeluang meluangkan masa bersama rakan selebriti, Tomok, yang kebetulan sedang bercuti di Manchester bersama keluarga.

Gembira dapat berkumpul dengan Tomok, alang-alang dia sedang bercuti di Manchester bersama keluarga.

Dan sepupu saya Johan Lucas di rumah saya di Rochdale.

Di samping itu, dia turut berasa bertuah atas sokongan berterusan daripada para peminat yang sentiasa setia menyokong perjalanan seninya.

Bersyukur atas sokongan para peminat semua.

Terima kasih kepada mereka yang telah menjadikan saya siapa saya pada hari ini.

Sumber: Threads