berita

Edry Abdul Halim ‘Pangkah’ The 1975 – ‘Di UK Orang Tahu Perangai Mereka Teruk’

July 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi dan komposer terkenal, Edry Abdul Halim meluahkan rasa marah dengan sikap band dari British, The 1975 yang melakukan tindakan provokasi di pentas konsert Festival Good Vibes 2023, Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Festival Good Vibes 2023 Dibatalkan Serta Merta’ – Fahmi Fadzil

Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Sekolahkan’ The 1975 – ‘Tiada Siapa Peduli Ideologi Kau, Orang Bayar Nak Dengar Lagu’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Telah Diundang Maka Itulah Yang Dapat’ – Matty Healy Tuding Salah Dekat Penganjur

‘Perangai memang teruk’

Menerusi hantaran di Instagram, Edry berkata di United Kingdom kumpulan tersebut sememangnya sudah dikenali dengan sikap buruk mereka.

Justeru, dia berharap pihak penganjur mengkaji terlebih dahulu latar belakang mana-mana band dari luar negara yang diundang untuk membuat persembahan di Malaysia.

Bangun hari ini dengan berita dari Malaysia. Buat saya marah, adab kumpulan dari luar yang mabuk dan tak menghormati undang-undang. Tidak hormat budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.

Harap, lain kali penganjur kaji latar belakang kumpulan dari luar terlebih dahulu sebelum menjemput, jika ada rekod yang kurang enak. Di UK, di sini pun orang dah tahu perangai mereka (teruk).

Dalam masa, ahli kumpulan KRU itu turut memuji tindakan kerajaan yang mengambil langkah sewajarnya.

Tahniah Malaysia! Ambil tindakan sewajarnya dan tegas dengan pegangan sendiri.

Pada Jumaat lalu, The 1975 bertindak beraksi biadap ketika menjayakan persembahan pada hari pertama Festival Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.

Selain mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia, vokalis The 1975 iaitu Matty Healy juga bertindak mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds di atas pentas.

Bertambah teruk lagi, Haely yang sedang memegang botol arak ketika membuat persembahan turut meludah dan mempamerkan beberapa aksi kurang sopan.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitter memaklumkan baki acara Festival Good Vibes 2023 telah dibatalkan serta merta.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×