
Selain Amir Raja Lawak, pelawak dan pelakon Ali Puteh turut mendakwa dirinya masih belum menerima bayaran daripada sebuah syarikat stesen televisyen.
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Langsai Hutang RM18,000 Segera! – ‘Abah Saya Hidap Kanser Usus, Ini Kecemasan’
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Terpaksa Jual Kereta Kesayangan, Stesen TV Masih Belum Lunas RM18,000
‘Tak banyak tapi masih belum bayar’

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey, bayaran yang sepatutnya diterima telah tertunggak lebih setahun.
Difahamkan, bayaran tersebut didakwa melibatkan program yang pernah disertainya bersama stesen televisyen berkenaan sebelum ini.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Ali menerusi satu hantaran di Instagram Story yang memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp antara dirinya dengan individu yang dipercayai merupakan kakitangan stesen televisyen terbabit.
Terdahulu, pelawak Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi menuntut sebuah stesen televisyen segera menjelaskan baki bayaran tertunggak berjumlah RM18,000 tanpa sebarang potongan atau pembayaran secara ansuran.
Tuntutan tersebut dibuat memandangkan bapanya sedang berjuang melawan kanser usus, dan keluarga mereka amat memerlukan dana bagi menampung kos rawatan serta kelangsungan hidup seharian.
Sumber: Instagram Story Ali Puteh








