berita

Alif Satar Teruja Sonny Bill Williams ‘Join’ Geng Subuh Macam Jumaat, Harap Kempen Diteruskan Di New Zealand

February 26th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Selebriti versatil, Alif Satar mendedahkan dirinya begitu teruja apabila bintang ragbi dunia, Sony Bill Williams turut sama hadir mengimarahkan lagi kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang dianjurkan Faith Events di Masjid Putra, Putrajaya awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Alif Satar Terharu Program Dianjurkan Dapat Sambutan, Siap Joging Bersama 3,000 Jemaah Selepas Solat Subuh

Harap dibuat di New Zealand

Ketika ditemui OhBulan!, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, dia berasa sangat bersyukur selepas doa dan impiannya untuk Sonny menyertai kempen yang dimulakannya itu dimakbulkan Allah SWT.

Alhamdulillah, Allah S.W.T sudah mendengar doa saya supaya brother Hamza (Sony Bill) dapat bersama-sama menjayakan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ ini.

Saya sangat bersyukur bila dapat tahu Faith Events mengundang Williams untuk menyertai program ini.

Williams mempunyai pengaruh yang sangat besar, bermula dari kisah dirinya memeluk agama islam, kisah hidupnya juga menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.

Alif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Reeza’ arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang diadakan di Kawasan Rehat & Rawat Dan Hentian Sebelah Seri Kembangan Soutbound pada petang Ahad.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Jangan Nakal’ tersebut juga menanam impian besar agar kempen tersebut dapat diteruskan di New Zealand melalui pengaruh yang ada pada Sonny Bills.

Walaupun kami baru kali pertama berjumpa tapi seperti sudah kenal lama. Sonny juga menyambut baik perancangan saya untuk meneruskan kempen ini hingga ke peringkat dunia.

Terima kasih saya ucapkan kepada dia kerana sudi menjayakan kempen anjuran Faith Event ini dan Insya-Allah,  kempen dapat diteruskan di New Zealand pula selepas ini.

Terdahulu, hampir 5,000 jemaah yang terdiri daripada semua lapisan umur hadir bagi menjayakan kempen tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Na’im Mokhtar berpendapta, antara daya tarikan yang berjaya menbuatkan kempen tersebut mendapat sambutan adalah kehadiran Sonny Bill yang turut hadir memeriahkan program tersebut.

SKIP THIS AD ×