berita

Aliff Aziz Mengaku Tak Ada Lesen Memandu? Netizen Minta Polis & JPJ Siasat

April 25th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang didakwa melanggar undang-undang jalan raya kerana memandu tanpa memiliki lesen.

Aliff Aziz mengaku tak ada lesen memandu

Menerusi perbualan di WhatsApp, pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz didakwa sedang membincangkan bagaimana mahu membuat penukaran nama ke atas kereta pemberian Bella Astillah. Aliff kemudian memberitahu bahawa proses tersebut kemungkinan sukar memandangkan dia tidak mempunyai lesen memandu.

Susulan daripada pengakuan itu, netizen berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan siasatan terhadap Aliff kerana telah melanggar undang-undang jalan raya di Malaysia.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, mana-mana pemandu atau penunggang yang didapati bersalah memandu tanpa atau tiada lesen memandu yang sah akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Selama ni dia memandu tanpa lesen?

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×