Aliff Syukri

Demi mencari rezeki dan tidak kenal erti penat lelah, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mula berniaga secara atas talian seawal 4 pagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Cari Rezeki Seawal Selepas Subuh, Netizen Puji Semangat Walaupun Dah Kaya – ‘Bukan Senang Nak Senang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebelum MV Lagu Keluar Aliff Syukri Tunjuk Yang Clean, Bila Saya Sudah Luluskan Rupanya Di Belakang Dia Edit Lain’ – Shahida

Berniaga 4 pagi

Aliff Syukri

Berterima kasih kepada yang memberi sokongan, Aliff berkata, dia sebagai ketua keluarga perlu mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupan.

Saya start berniaga seawal jam 4 pagi, kau rasa? Banyak tanggungjawab dan komitmen perlu dibayar. Terima kasih kepada semua yang sentiasa sokong saya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok yang memaparkan gelagatnya sedang berniaga sambil membuat siaran langsung di sekitar kawasan rumah.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji sikap bapa kepada enam cahaya itu yang membanting tulang mencari rezeki.

Wargamaya juga berkata disebabkan kesungguhan Aliff mencari rezeki, hidupnya menjadi mewah.

Tahu tak kenapa orang kaya makin kaya? Sebab mereka memang all out bekerja. Otak sentiasa fikir macam mana nak cari duit.

Orang kaya tiada masa nak salah orang lain, tiada masa nak kecam atau cepat melatah.

Orang kaya tak boleh duduk diam, Allah bagi sifat yang sentiasa kuat berusaha.

Sumber: TikTok