
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya masuk ke dewan bedah bagi menjalani pembedahan pada bahagian buah pinggangnya.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri & Shahida Pesan Anak-Anak Jangan Bermegah & Rajin Menyimpan – ‘Tak Mustahil Abah Akan Susah Satu Hari Nanti’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Miliki 400 Ke 500 Buah Rumah – ‘Saya Mula Beli Sejak Umur 21 Tahun’
Sakit pinggang tiga tahun
Menurut pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, kesakitan yang dialami berpunca daripada kecederaan pada sebahagian pinggangnya sejak tiga tahun yang lalu.
Orang nampak saya gembira dan sihat tapi hakikat sebenar, sebahagian pinggang saya patah hampir tiga tahun.
Sebab itu saya jarang buat live berdiri sebab pinggang terlalu sakit.
Saya cuba ceria depan orang dan anak-anak sebab tak nak orang nampak (kesakitan).
Allah membawa saya sampai ke saat ini (kejayaan) sehinggalah saya tidak mampu tanggung sakit dan perlu dibedah.
Aliff turut memuat naik video memaparkan dirinya yang terlantar di atas katil hospital sambil ditolak beberapa jururawat ke bilik bedah.
Di akhir perkongsian, bapa kepada enam orang anak tetap positif dengan ujian serta yakin bahawa setiap kesusahan yang dialami pasti ada hikmahnya.
Sesungguhnya selepas kesukaran ada kelebihan dan kebaikan.
Doakan saya kuat menempuh ujian ini dan diberi kesembuhan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Aliff agar cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.
Komen netizen



Sumber: TikTok








