Tular satu video di Instagram milik arwah Siti Sarah Raissudin yang mengimbau kembali detik sebelum pemergian arwah 2 tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pejam Celik 2 Tahun Sudah Berlalu, Masih Teringat Tarikh Yang Kita Pilih Untuk Ayash Lahir’
Arwah sempat masak pasembur
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram (IG) milik Arwah Siti Sarah, dikongsikan sebuah potongan video momen-momen indah bersama keluarga sebelum meninggal dunia.
Dalam hantaran tersebut, menceritakan kisah dimana mereka mengadakan aktiviti karaoke dan makan-makan bersama keluarga sebelum mereka disahkan terkena jangkitan virus Covid-19.
2 – 3 hari sebelum disahkan family kene covid. Kami sekeluarga ada buat pertandingan karaoke. 1 family ada masa ni. Siap dapat request minta saya masak kan pasembur. Dan masa ni kami semua luangkan masa bersama-sama. Happy sangat-sangat.
Tambahnya, Ayash iaitu anak bongsu kepada Shuib dan Siti Sarah terpaksa dikeluarkan lebih awal akibat wabak Covid-19.
Ayash sepatutnya lahir pada 30.9.2021. Akan tetapi terpaksa di keluarkan ayash lebih awal. Dan Allah lebih sayangkan ibu untuk pergi selama-lamanya.
Alfatihah buat siti sarah raissuddin. Kami semua sayang pada mu.
Komen netizen
Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi rasa sedih dan mendoakan agar roh Alahyarham Sarah sentiasa dilindungi dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Pada 9 Ogos 2021, seluruh negara gempar atas berita pemergian penyanyi Siti Sarah akibat wabak Covid-19.
Lebih menyayat hati, penyanyi itu meninggal dunia selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita, 9 dan Ariq Matin, 6.
Selepas dua tahun bergelar duda, Shuib bertemu jodoh buat kali kedua apabila selamat melangsungkan perkahwinan dengan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung Putra Glass House, Putra Heights, pada 23 Jun lalu.
Sumber: Instagram