berita

‘Allah Maha Mengetahui’ – Lelaki Nekad Pulang Duit BPN ‘Tersalah Masuk’

April 9th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM9.24 bilion dalam usaha membantu golongan terjejas akibat Covid-19. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, setiap golongan mendapat perhatian dalam memastikan tiada yang tercicir.

Namun, bagi individu ini, dia nekad untuk memulangkan kembali wang BPN sebanyak RM1000 yang diterimanya. Menurut Rinizan Razali, wang tersebut seharusnya sampai kepada golongan yang lebih memerlukan.

Pulangkan hak kepada tempatnya

MEMULANGKAN HAK PADA TEMPAT..

Sistem online ni, hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni, disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018, maka sistem anggap saya golongan layak. Jadi free lah dapat BPN… maka dalam konteks ni kena realistik:-
1) Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? Tapi…Allah Maha Mengetahui
2) Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu! Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak, pulangkanlah bantuan tersebut untuk LHDN agihkan semula kepada yang berhak.

Cara-caranya:-
a) Buat draf bank atas nama akauntan negara
b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26)
c) Pos balik ke MOF

P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah. Sekian terima kasih.

B40 masih ada tak dapat

Bye-bye BPN…haha, walaupun saya pun takla banyak mana pun duit tapi bila BPN tersalah masuk, maka pulangkan ke tempat asalnya. Rata-rata B40 ada yang masih tak dapat. Maka bagi yang tersalah terima, pulangkanlah ia…. Kesian kat makcik bedah, pak leh lemang, kiai dolah, kak joyah dan sebagainya di kampung-kampung.

Kaedah nak pulangkan:
1) Bank deraf atas nama Akauntan Negara Malaysia
2) Surat iringan alasan pengembalian
3) Pos ke Pejabat Belanjawan Negara

P/S: Jangan marah LHDN, ralat sistem normal la. Benda kalut kadang-kadang ada mistake. So, bantu mereka sama. #sayangiMalaysia

Sumber : Rinizan Razali

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×