berita

Cadangan COVIDSENI-2020 Dipertikai, Zed Zaidi Jelaskan Perkara Sebenar

March 31st, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 diyakini dapat membantu golongan terjejas akibat COVID-19. Di dalam peruntukan tersebut, semua golongan diberi perhatian sama rata dan adil.

Namun, isu lain pula timbul apabila ada segelintir artis memohon bantuan khusus untuk penggiat seni. Malah, cadangan Bantuan Khas Covid-19 Penggiat Seni Malaysia (COVIDSENI-2020) yang dikemukakan menjadi pertikaian ramai.

Cadangan sebelum pembentangan

Menerusi Harian Metro, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memaklumkan, kertas cadangan bantuan khas COVIDSENI-2020 tersebut dibentang terlebih dahulu sebelum kerajaan mengumumkan peruntukan Prihatin Rakyat.

Dia menjelaskan lagi, berlaku salah faham sehingga menimbulkan pertikaian banyak pihak.

Ini salah satu inisiatif karyawan seni yang dibuat mengikut saluran yang betul, merangkumi proses dan prosedurnya.

Cuma, ketika itu kerajaan belum memperkenalkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apapun, kami dah dapat maklumat awal berkenaan pembentangan terbabit, jadi kami cadangkan apa yang dimahukan dalam kertas kerja dibuat.

Menurutnya, kertas cadangan yang dibuat mengambil kira pandangan daripada ahli mengenai apa yang dikehendaki dan perlu dilakukan.

Mereka usulkan pelbagai pandangan dan sebagai persatuan yang menjadi penghubung kepada agensi kerajaan seperti diminta oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), kami berilah cadangan.

Sama ada terima atau tidak bukanlah isu. Cuma kami sampaikan pandangan yang diluahkan oleh akar umbi. Macam-macam pandangan diterima dan kami masukkan semuanya dalam kertas kerja cadangan ini.

Ia juga bersesuaian dengan keadaan sekarang. Malah, apabila kami siapkannya, pengumuman belum dibuat oleh Perdana Menteri.

Seterusnya cadangan tersebut akan dibawa kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) untuk dinilai sama ada bersesuaian atau tidak.

Penggiat seni bukan artis sahaja

MoF akan tengok mana-mana yang bersesuaian, boleh atau tidak. Kalau tak boleh, mereka akan buat pertimbangan letakkan kami di mana dan barulah PM akan umumkan.

Selalunya begitulah yang dilakukan termasuk ketika belanjawan yang mana kerajaan akan ambil kira pandangan penggiat seni merangkumi persatuan dan ahli-ahli akar umbi.

Begitulah prosesnya. Itu adalah cadangan sebelum pembentangan dan kami juga akur apabila PM meletakkan golongan artis dalam kategori B40 dan M40.

Kata Zed Zaidi lagi, isu ini mula diperkatakan apabila ada pihak tertentu sengaja memanipulasikan keadaan. Niat baik segelintir artis mahu membantu penggiat seni yang lain disalah tafsir sehingga menjadi perbalahan di media sosial.

Pihak warganet sebenarnya tidak faham istilah penggiat seni. Ia bukan sahaja merangkumi artis tapi turut membabitkan tenaga kerja produksi, mekap artis dan sebagainya.

Dia berkata lagi, Facebook dan Instagram Seniman turut menerima pelbagai komen daripada netizen.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×