berita

‘Allah Tak Pernah Suruh Hancurkan Rumah Tangga Orang, Jangan Tunggang Agama’ – Nurul Shuhada

April 26th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Nurul Shuhada

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada menyelar tindakan segelintir wanita yang menggunakan agama untuk menyembunyikan kejahatan yang dilakukan.

Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Belum Terbuka Hati Untuk Kahwin, Mahu Jodoh Yang Patuh Agama Allah – ‘Bukan Munafik, Kaki Pukul & Penipu’

Artikel Berkaitan: Shuhada Rancang Bawa Anak-Anak Bercuti Ke Luar Negara Selepas Raya – ‘Humairah Kata Nak Pergi Around The World’

Jangan tunggang agama

Nurul Shuhada

Menerusi hantaran di Instagram Story, Shuhada berkata Allah tidak pernah menyuruh hamba-Nya melakukan perkata tidak baik termasuk meruntuhkan rumah tangga orang lain.

Kata Shuhada, tujuan manusia hidup di muka bumi adalah untuk mencari reda Ilahi.

Terbukti, sekali jadi penipu selamanya penipu. Kenapa pilih jalan ini? Sebab kita sebagai perempuan yang tak kacau hak orang nak hidup yang tak nak main agama. Nak reda Allah.

Allah tak pernah suruh hancurkan rumah tangga orang, ingat itu! Jangan tunggang agama. Jangan mainkan agama Allah.

Dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya itu turut menyentuh tentang pemilihan bakal suami yang boleh membimbing isteri dan keluarga ke jalan Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara. Selalu saya cakap Allah Maha Baik, insya-Allah dengan dorongan Allah kita semua perempuan nak imam (suami) yang tahu agama dan praktik agama dengan baik.

Bukan kau beriya potray jaga solat lima waktu, tapi belakang kau kongk** beriya.

Bagaimanapun, Shuhada tidak mendedahkan kepada siapa luahan tersebut ingin ditujukan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×