berita

‘Allahyarham Jaafar Onn Seorang Yang Sangat Baik, Banyak Tolong Orang’ – Jasmin Hamid

April 3rd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon Jasmin Hamid merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Jaafar Onn yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, pada pagi Rabu.

Artikel Berkaitan: Jaafar Onn Meninggal Dunia Di Hospital Serdang

Artikel Berkaitan: Jaafar Onn Meninggal Dunia Ketika Melakukan Prosedur Endoskopi – ‘Doktor Kata Berisiko Sebab Jantung Lemah’

‘Arwah memang seorang yang sangat baik’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Jasmin Hamid atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid memberitahu bahawa Allahyarham Jaafar Onn merupakan individu pertama yang memperkenalkan dirinya ke dalam industri seni tanah air.

Mengimbas kembali perjalanan kariernya, Jasmin berkata dia bermula sebagai seorang penari sebelum bergelar pelakon.

Pulangnya papa Jaafar Onn kepada penciptaNya pada bulan yang mulia. Moga Arwah di kurniakan husnul khatimah. Beliau lah yang bawa saya ke bidang seni. Berasal dari penari Maya Studio sehingga saya bergelar pelakon. Semuanya atas platform beliau.

Pelakon berusia 52 tahun itu menyifatkan Allahyarham Jaafar Onn sebagai seorang insan yang sangat baik dan sering menolong orang.

Arwah memang seorang yang sangat baik. Banyak tolong orang. Sebab tu Allah jemput arwah pun pada Bulan yang mulia ini. Nama beliau sentiasa ada di dalam doa saya selagi hayat di kandung badan.

Takziah buat seisi keluarga Arwah. Mohon Allah berikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi di atas ujianNya.

Sebelum itu, Jaafar ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.

Jaafar kemudian berada dalam keadaan kritikal dan jantungnya terhenti sebelum disahkan meninggal di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, pada pagi Rabu.

Sumber: Jasmin Hamid

SKIP THIS AD ×