berita

‘Aloe Vera’ Punya Pasal, Mak Tersalah Beli ‘Pelincir’ Peribadi Nak Sapu Di Kaki..

January 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Terlupa mahupun tersalah membeli barang merupakan perkara biasa yang sering dilalui oleh setiap manusia. Itulah yang berlaku kepada keluarga ini apabila ibu mereka tersalah membeli barang yang diperlukan. Lebih melucukan, wanita itu membeli pelincir kegunaan golongan dewasa tanpa disedari.

Rasa pelik bila sapu

Menerusi Twitter Eleanor, ibunya yang berusia 60 tahun itu telah membeli satu produk gel aloe vera untuk digunakan seluruh ahli keluarga di rumah. Namun, semasa membeli gel tersebut, ibunya tidak memeriksa dahulu kegunaan gel itu kerana ternampak perkataan aloe vera di hadapan barang itu.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, gel tersebut diserahkan kepada adik lelakinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU). Adiknya itu menggunakan gel tersebut di kaki yang kering walaupun dia merasakan gel tersebut agak pelik. Melihat adiknya memakai gel tersebut, Eleanor menyuruh adiknya itu membasuh kaki semula.

Same goes to my late grandma

 

Netizen turut berkongsi kisah lucu yang pernah dilalui mereka akibat tersalah membeli barang. Siapa ingat serum lagi!

Sumber: Eleanor

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×