Pelawak dan pelakon, Along Cham mengakui terkejut selepas menerima bahan bukti berupa rakaman suara yang didakwa berkait dengan kecurangan isterinya, Afreena Suhaimi.

Artikel Berkaitan: Along Cham Dakwa Afreena Suhaimi Berbohong, Tak Mengaku Pernah Rujuk

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Hadir Ke Mahkamah Bersama Ibu, Bakal Dedah Bukti Kepada Hakim – ‘Semoga Semua Settle’

Bukti curang

Along atau nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, berkata audio tersebut akan dibentang pada 3 Julai ini di hadapan hakim selepas dinilai peguam syarie dilantik, Muhammad Akmal Amzan.

Pada awalnya, saya sendiri terperanjat apabila mendengar rakaman tersebut, tetapi benda ini hakim perlu dengar. Peguam saya sudah dengar terlebih dahulu sebelum ditunjukkan depan hakim, bukannya secara tiba-tiba.

Pihak defendan (Afreena) terperanjat juga apabila saya kemukan bukti ini. Sebab dia ingat hanya ada lampiran berkaitan bekas isteri saya sahaja.

Along berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Selasa bagi prosiding kedua pengesahan lafaz cerai taklik.

Jalin hubungan sulit

Ditanya tentang dakwaan mengenai bukti gambar Afreena menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki ketika masih sah menjadi isteri, Along tidak menafikan perkara tersebut selain mengakui turut menerima bukti sama.

Dia lupa yang dia berkahwin dengan artis. Ramai yang datang menyampaikan kepada saya. Saya dapat banyak maklumat tentang itu (curang), bekas suami dia pun ada bagi bukti serta orang yang pernah rapat dengannya.

Saya sedikit ralat mengapa mereka tidak memberitahu saya tentang sikap Afreena sebelum kami berkahwin. Saya kahwin bukan untuk bercerai. Apabila semua ini sudah berlaku, nasi sudah menjadi bubur.

Saya tidak mencari segala bukti, tapi Allah yang bantu. Termasuk rakaman suara itu dan perkara ini sangat membantu perjalanan kes. Jadi, selepas ini saya mahu lihat apa pula ‘plot twist’ daripada pihak sana.

Terdahulu, Afreena mendedahkan rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah sejak dua bulan berkahwin.

Sebelum ini, Afreena mendakwa pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai tahun lalu.

Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu. Ini juga juga perkahwinan kedua Along selepas bercerai dengan bekas isteri, Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup, Along dikurniakan anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya.