
Kes perceraian antara pelakon dan pelawak Along Cham bersama isterinya, Afreena Suhaimi disambung ke tarikh lain berikutan wujud pertikaian tentang lafaz rujuk
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Hadir Ke Mahkamah Bersama Ibu, Bakal Dedah Bukti Kepada Hakim – ‘Semoga Semua Settle’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Dakwa Ibu Pernah Larang Berkahwin Dengan Isteri – ‘Pejabat Agama Kata Ini Adalah Perkahwinan Yang Ketiga Dia’
Nak cepat bercerai tapi tak mengaku
Along mendakwa, isterinya cuba berbohong dengan tidak mengaku wujudnya lafaz rujuk antara mereka.
Menurut pemilik nama Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dia kesal dengan perbuatan isterinya yang dilihat cuba untuk melengahkan perceraian.
Sebelum ini, dia pernah beritahu media mahu percepatkan kes, tetapi apa yang berlaku sekarang, dia pula tak mengaku dan akhirnya, kes jadi makin panjang.
Dia tahu apa yang dia buat. Sepatutnya mengakulah saja, jadi semuanya boleh selesai hari ini.
Disebabkan dia tak mengaku ada rujuk, kes terpaksa dibicarakan lagi. Itu yang membuatkan saya rasa sangat kesal.
Along berkata demikian selepas selesai kes prosiding lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini.
Mahu cepat berakhir
Along yang ditemani ibunya, Siti Habsah berkata dia mahu kemelut rumah tangganya berakhir secepat yang mungkin.
Kalau boleh, saya memang nak selesaikan hari ini juga. Bila perkara ini berlarutan, terlalu banyak spekulasi dan kecaman netizen yang saya perlu hadap.
Banyak perkara yang dia cuba manipulasi. Saya masih berpegang bahawa kami ini suami isteri yang sah. Kalau saya betul-betul zalim, banyak tindakan yang saya dah boleh ambil.
Disebabkan peguam banyak beri nasihat, jadi saya ikut peraturan dan tunggu saja proses mahkamah.
Ketika ditanya mengenai rujuk, Along mengakui pernah rujuk semula pada tahun lalu.
Saya pernah rujuk semula pada Jun tahun lalu.
Tapi selepas rujuk, dia buat penipuan lagi. Mana tak naik darah saya?
Sebab itulah lafaz taklik berlaku, dan lafaz itu pun dia tak mahu mengaku sampai sekarang.
Disebabkan banyak perkara dia tak mahu mengaku, perbicaraan pun jadi makin panjang.
Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh 1 dan 3 Julai sebagai sambungan kes pengesahan lafaz taklik yang difailkan Along sebagai plaintif.
Pada pagi tadi, Along hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan.
Terdahulu, Along hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang sekitar pukul 11 pagi ditemani ibunya, Siti Habsah Kadir serta peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan.
Difahamkan, kes pengesahan lafaz cerai taklik itu sepatutnya didengar pada 10 Mac lalu namun ditangguhkan selepas mahkamah mendapati wujud kekeliruan dokumentasi.
Untuk rekod, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada 4 April 2024.
Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.